Friday, January 14, 2011

Is it Amsterdam? Is it Paris? Is it I-City? Is it -- owh.. dekat aje..



Align Center
Hari ini pergi ke Alor Setar kununnye nak pergi ke Tesco aje sebab baru-baru ni dapat surat cinta peluk cium dari Tesco suruh pergi melawat mereka, dah la tu siap bagi kupon diskaun..merembes..padahal RM 3.50 aje.. (pergh..satu ayat ada banyak story..akkaka). So, teruslah berpusu-pusu ke Tesco nak membeli barang yang dah nak abis.

Punyalah ramai manusia kat Tesco sebab ada sale..bole gagah la sale dia. Yang paling best ialah rege Udang saiz XXL nye yang RM 14.xx! Kalau kat Giant RM 16.xx. Pergh.. dua hengget beza dei..

On the way balik, nampak pulak geng-geng Bandaran sibuk pasang lampu itu dan ini. Oh, lupa pula esok lusa ni birthday Sultan, haruslah depa memasang segala lampu lampu yang boleh dipasang..kehkehkeh..

Maka, pabila malam menjelma, kami pun apa lagi, teruslah ke depan area Masjid Zahir untuk berposing ala-ala obersi gitu..akkaak... jadi kah? Tak jadi kah? Separuh jadikah? Mari kita lihat sapa yang kena...kuikuikui

Dulu-dulu bercita-cita nak ke Amsterdam. Tapi dok rancang masa bujang, nak berjalan-jalan dengan kengkawan..tapi terkawin awal pula, maka leburlah impian nak ke sana..kuikuikui.. Pastu, nak pi Paris lak.. tapi dodit takde pula..owh..sedey..tiada siapakah yang mahu mensponsor kami nak ke Paris ni? Nanti I promote gilak-gilak diri you di blog I yang tak baper glamer nih..akkakaka

Tapi, sekarang ni, tak perlu nak ke Paris pon tak pe..sebab kat Alor Setar pon dah ada monumen ala-ala Paris..akkaka... ayat kaber sedih...


Nah... ada macam tempat omputih tak? Yang buat tak nampak tempat ni macam tempat omputih adalah orang berbaju putih kat belakang aku tu..kakaka


Kat dalam mini gerbang ni, ada ruang kosong kat dalam dia. Leh kita berposing separuh giler kat dalam. Nak buat aksi macam-macam tak baper berani pula. Kang dikatanya ober..kesiann..


Ni bahagian dalam... sungguh spacious dan clean.. setakat ni clean la..kakaka

Lagi satu cita-cita aku ialah nak pergi bergambar kat I-City. Nak pergi banyak kali, tapi tak terpergi-pergi.. pergh..frust giler. Even ujung taun lepas dua kali turun KL.. tak terpergi di situ..stress gue.. uhuhu.. Nasib baik la ada pokok-pokok I-City yang dipinjamkan kat sini. Leh la amek gambo seperti I-City..kakkaka


Nah.. pokok purple. As..ko mesti suka pokok ni kan. Kalau ko datang sini, mesti ko melekat kat pokok nih..akkaka


Nak amek gambar gaya Hindustan..apakan daya.. kamera cap Kodak aje..so, terhad la pulak pencahayaan dia.. takpe..janji kuar juga gambo...dan nampak juga badanku yang agak membesar di situ..eh.. itu salah baju tu... baju besar..akkaka


You.. apsal you amek gambar I ketaq2.. pastu gambaq Nopal tu jadi invisible man! Hish! T_T


Kat tepi jalan besar, wat muka kering aje amek gambo..padahal kete dok benti kat traffic light tepi tu sikit punya meriah.. kakaka.. I kan duta..kena la biasakan diri amek-amek gambar tengah jalan kan..akkaka


With the kids.. ni guna Auto nih. Malas nak setting apa dah..kakaka

Dan gambar terakhir untuk post kali ni. Tercomel dari Duta SKII anda..akakkak


Ngeh ngeh ngeh...

Nite nite!

1 comment:

3p4h said...

Yo...da cam i-city!

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails