Sunday, December 19, 2010

Bahasa Mana Nih? Adoiii

Balik dari Langkawi, omak menyatakan keinginan nak beli pasu besi bentuk basikal macam kat rumah aku. Very the cumil dan mak tanya beli kat mana. So, the next day, bawalah rombongan Omak bersama Arrpek ke kedai bunga kat Jitra. Pusing punya pusing, Omak kata bunga palsu sini mahal, Melaka murah lagi...

Aku pun cakap..takpe, nanti kita cari bunga kat Melaka. Tapi aku paham, Omak mesti tak sabar nak menghias pasu basikalnya tu. Hehehe.. Teruja kata orang... aku pun spesis Omak la. Tak sabau-sabau nak menghias kalau dah beli something. Kehkehkeh..

Bila dah beli and dapat 20% off, aku pun pi la round ngan Arrpek yang sibuk mencari barang sebagai alat bantu mengajar kelas dia. Dia beli manik besar-besar untuk ajar Maths. Sungguh cumil, ala-ala kristal gitu.

Dalam dok cuci mata tengok menda lain.. aku ternampak ayat cinta nih


Wow! Tak Faham.. akkakaka. So, aku buat konklusi bahawa tokey kedai ini bermaksud sebegini...

Jangan Sentuh Kristal. Terima kasih.

Oemji! Penin mak nak pikio. Kakakak... sabo je la apek oit..


No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails