Wednesday, October 6, 2010

Pupuk Semangat Cintakan Negara!

Zaman sekarang bukan macam dulu. Susah betul nak terapkan semangat cintakan negara. Dan paling sedih, ada yang tak tahu sejarah kemerdekaan. Jadi, as a teacher (tetiba spiking), kena la buat sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak riang aware tentang kemerdekaan.. Ok, I know, bulan Merdeka dah lepas, tapi baru teringat nak post pasal menda nih.. hahaha..

Jadi, aku pun buatlah pertandingan membuat Folio Kemerdekaan. Kena la buat pertandingan.. sat gi tak best lak. Dah la budak-budak ni kena kerja keras cari segala bahan-bahan. Semuanya datang secara spontan. Dah tu, tiada apa-apa program Merdeka yang bersangkut-paut dengan student kat skola, so, kita buatlah sendiri. Apa nak tunggu skolah buat.. Skolah kan banyak menda lain nak pikio.. yeah rite

Mula-mula suruh depa buat in a group. Skali, pakat suma nak sapu hadiah sorang, so, they decided to do it individually. Layaannn..


Pada mulanya sambutan kureng. Tapi bila kita cakap ada hadiah menanti.. pakat pulun memulun nak buat.. Secara tak langsung, kanak-kanak riang tau la apa yang telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.. tak gitu? The kids memang teruja giler buat menda nih


Ni lah hadiah yang menanti mereka yang hantar. At first nak bagi Top 5 aje. Tapi kesian pulak tengok.. maklumla semuanya buat mengikut spesifikasi yang dah ditetapkan. Jadi macam tak fair lak kan.. Kopak..kopak..akkaka.

Bagi hadiah ni pon lepas raya haritu. Gumbira tak hengat bila pakat dapat sowang satu kotak hadiah.. hehehe.. yang syoknya, bila tengok teman-teman depa dapat hadiah.. ada pulak dua orang manusia lagi yang anto folio. Sahih nak hadiah.. aku just cakap.. darling.. tarikh tutup dah lepas.. next time..sila hantar on time ok.. Bukan kedekut.. tapi nak ajar depa tentang pentingnya masa. Masa yang berlalu tak mungkin datang kembali. Dan itu juga salah satu cara nak didik kanak-kanak riang dengan DISIPLIN.

Sekian, cerita seriyes hari ini..

Tata!

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails