Friday, September 17, 2010

Berjaya lagi! Langsir baru..orang Kedah panggil TIRAI! hehe

Sebelum Raya hari tu, bertungkus lumus jugalah nak menyiapkan langsir nih. Saya bab-bab menjahit ni memang surrender. Tu la..dulu Omak soh pi belajar jahit kat kedai Cina depan, tamo pi.. sekarang dah nyesal. Padan muka den. Yang pandai menjahit dalam family saya ni cuma Angah, Alang, Uda and Arrpek. Kiranya yang tak terer cuma Along and me.. Hat boys toksah dok kira la kan..memang tak terer langsung...basuh pinggan pon pening..akkaka..sorry orang lelaki...ni kenyataan nih..akkakak

Dulu masa si Kakak ada, berangan nak pergi kelas menjahit kat Kolej Komuniti, tapi entah macam mana, busy terlampau, maka KIV pulak.. so, terlepas la impian nak pi belajar. Kebetulan pulak saja-saja tanya Kak Di cara nak menjahit terus aje dia sakap..

"Takpe.. you tunggu je kat rumah, nanti I datang. Kebetulan I nak pi rumah a friend amek I punya almari dah siap tempah kat dia.."

Pucuk dicita ulam mendatang.

Hari yang ditunggu pun tiba..ehhehe.. Syok gak menjahit nih.. Kiranya amek masa beberapa hari nak siapkan tiga helai..kakaka.. maklumla.. amatur.. kalau dah terer lain la citer.. Kak Di habaq kalau dah terer tu sehari aje buleh siap dah.. Huhu..

Maka inilah hasilnya...


Kain langsir yang dibeli 2 tahun yang lalu. Baru dijahit..hahaha


Yang ni pulak bukan saya jahit, tapi main beli siap aje. Beli kat Mydin. Nak jahit haritu benang habis pulak.. adoi la...So, kebetulan shopping di Melaka, terjumpa lak langsir nih.. Dah la murah.. isk isk isk... And I supposed to buy two pieces instead of 1..jadi takde la kejung sangat.. hehee.. Omak.. mintak tulun beli buleh ka? Soh Cik Par pi beli..kakakka

Atas meja lak..deretan kuih raya yang bes-bes belaka.. Ada yang local dan ada yang imported.. habaq ja nak makan hat mana.. sila buka balang..

So, kepada sesiapa yang belum datang ke rumah saya..anda wajib datang.. kalau nak menu spesel, sila SMS habaq bila nak mai..hehe... macam malam semalam, geng cikgu sekolah yang dok setaman datang serbu. Nasib baik habaq awal... dan la saya buat mee kari..kalo idak.. makan kuih raya la kome..akkakak..

Sekian, salam lebaran :)

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails