Haa.. kelasss t-shirt nih..kekeke..Coach tau!
Kepala agak buntu semenjak ketiadaan Puan Nurul Hidayah, tempat rujukan saya untuk membuat projek seni untuk waktu Pendidikan Seni. Anyway, untuk mendapatkan idea, maka teruslah ke bilik seni nak tengok apa yang patut. Maka ternampaklah tshirt kertas. So, apa lagi, buat aje la t-shirt kertas nih. Hehe.. Teringat lak masa kecik-kecik dulu, suka bebenor buat t-shirt kertas nih :)
So, pada mereka-mereka yang tak reti buat, mari kita tengok step-by-step cara nak buat t-shirt kertas nih. Sangat sesuai dilekatkan di hadapan kad ucapan untuk Hari Bapa!
Mula-mula lipatkan kertas A4 kepada dua bahagian.
Kemudian, ketemukan hujung kertas itu dibahagian tengah-tengah kertas yang telah dilipat tadi.
Seterusnya, (macam ayat buku lak) lipatkan macam nih. Pastikan lipat di sudut tu tau...
Di bahagian atas tu, lipatkan juga, nak buat kolar baju tu...
Lipatkan macam ni pulak..
Kemudian lipat dua dan masukkan lipatan baju di bawah kolar. Dah jadi. Hiaskan la ia sebaik mungkin :)
Selamat mencoba!
No comments:
Post a Comment