Tuesday, August 17, 2010

Bulan Merdeka... kelas harus bergaya! Lawan tetap lawan...kakakka

Walaupun cikgu Syahidah agak bizi tak hengat penangan daripada peperiksaan akhirnya yang agak menggegar otak, namun cikgu Syahidah tetap tidak melupakan kelas 3 Mawarnya. Walaupun tiada wang mahupun hadiah saguhati untuk kelas tercantik (tak tau le ada ke tak..macam takde aje) tapi cikgu Syahidah tetap giler kuasa nak mencantekkan kelas beliau.. akkaka.. Oleh itu, hari ini, dengan segala kedrat yang ada, cikgu Syahidah telah berjaya memanjat sana dan sini untuk menggantung bendera. Oh..bendera yang cikgu Syahidah beli di Giant lupa dibawa bersama (T_T) Ciss sungguh!

Hari ni cikgu Syahidah ada matapelajaran Seni bersama 3 Mawar, oleh itu, cikgu Syahidah telah berjaya memaksa kanak-kanak riang mewarna bendera Malaysia. Kakakka..kejam..kejam. Tapi mana lebih kejam, paksa bawak bendera yang wajib la kena beli pakai RM sendiri atau... kaler sendiri. Oleh kerana kanak-kanak riang agak gembira mewarna dan sangat teruja untuk mencantikkan kelas, maka mereka memilih untuk mewarna saja. Lagipun hasil tangan depa lebih cantek kan kan kan...


Memaksa mereka mewarna bendera Malaysia... KALER CEPATT!! Kalau dabis..kaler lagi ok!


Meja untuk eksperimen Sains pun diletakkan bendera! (T_T)v


Cikgu Syahidah dah penat memanjat..pelekat sini je lah..kakaka


Perkataan MERDEKA masih ada.. tak yah renew..kuikuikui


"Sapa pandai amek gambo?"
Pakat angkat tangan..
"Amek gambo ticer ok?"
"Ok..jadi dah ticer.. nak lagi?"
"Oh, tak payah.. ticer dah lembik lutuit dah nih"

Time ni tangga takde.. so, amek meja dua, then atas dua meja tu, letak kerusi.. then cikgu Syahidah kena la panjat ye. Nak suruh kanak-kanak tahun 3 Mawar? Oh...jangan.. nanti masuk Harian Metro pula..

"Guru didakwa kerana menyebabkan anak murid jatuh akibat memasang bendera"

Sekian, terima kasih!

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails