Monday, August 23, 2010

Berjaya!



Mesin jahit ni dibeli beberapa tahun yang lampau. Tapi dek kerana kesibukan dengan kerja, OUM dan sebagainya..maka bertapalah si mesin ni dalam bilik library. Saja tak letak kat store takut nanti terus terlupa kat dia.

So, beberapa hari yang lalu, saja la buka store. Nampak pula sebondong kain yang banyak.. wahhh..ni kain yang kununnye nak buat langsir..

Oh..tak bleh jadi nih. Harus lakukan sesuatu. Maka dengan muka yang tak baper nak malu ni, terus aje berSMS dengan Kak Di meminta bantuan. Kak Di pun dengan gumbiranya mencemar duli ke rumah untuk memberikan tunjuk ajarku sifunya...kakaka. Oh..senang aje. Tapi kerana tak baper nak pro lagi, maka senget bengetla jahitan. So, dalam masa beberapa jam.. siap la langsir khas untuk sliding door. Jimat dah duit nak pi tempah. Alhamdullillah :)

Malam tu, lepas berbuka.. kanak-kanak riang ajak main bunga api. Salman pun beriya-iya la nak main. Tapi bila Papa memasang lilin.. terus aje dia lari masuk dalam. Penakut sungguh budak Salman nih. Sabar je la. So, dengan Mama dia sekali kena dok dalam dah dia terpekik terlolong panggil soh teman dia.. sabo je la budak nih.. Hish!


Cian budak ni.. tengok kot dalam je la.. hehehhe

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails