Thursday, July 29, 2010

Sayonara Teacher Q and Teacher Syahir!

Tadi berakhirlah program Internship geng-geng praktikum kat sekolah saya. Hehe.. Tetiba guna ganti diri saya membuatkan diri saya rasa macam buat karangan Tahun 6 lak. Kakakak..

Ini adalah kali kedua guru praktikum yang sama hadir di sini, cuma kali ni, mereka menjalankan program Internship lak. Saya pun tak berapa faham tentang Internship nih. Kalau naik ship saya sungguh faham. Hehe.. Oleh kerana masa kali pertama mereka berpraktikum dan mengajar di kelas saya dulu, saya tak sempat nak memberi cenderahati, so kali ni, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk memberi mereka cenderahati. Dalam kalut-kalut tak tahu pulak nak bagi apa. Oleh kerana tidak mahu memalukan diri sendiri sebagai tokey Tupperware yang perasan kaya, maka saya pun menggeledah koleksi Tupperware saya di dalam kotak yang ada cap Tupperware juga. Oh, kamu berdua sangat bernasib baik. Ada rezeki kamu. Maka.. nahhh.. saya jumpa dah hadiah kamu.

Perkara pertama ialah membalut hadiah dan seterusnya membuat kad ucapan. Sudah lama tak buat kad custom made sebab masa dulu tatkala bercinta, memang saya kaki buat kad. Kakkaka.. Macam-macam spesis kad saya berjaya buat. Untung mantan-mantan kekasih saya.. kakaka

Oleh kerana tidak banyak bahan yang boleh digunakan di bilik hibernasi saya, maka saya hanya menggunakan material yang seadanya. Huhu


Pen kaler-kaler yang ada stamp di punggung mereka. Didatangkan khas dari IKEA. Saya beli pen ni dalam dua tahun yang lampau. Masih boleh digunakan. Tidak kering pula. Cuma pastikan tudung pen ni sentiasa tertutup. Kalau terbuka, tak dapek den nak nolong..akkaka


Selotep kartun yang didatangkan khas dari Singapore. Ni Toji tolong belikan. Beliau sangat memahami minat saya. Hehehe..Setiap kali bersua, pasti selotap ini dihadiahkan kepada saya. Sungguh bes. Errr.. buat masa ni, stok masih lagi mencukupi. Saya rasa hujung tahun ni la baru saya nak order untuk stok baru. Kakakkaka

Dan selepas itu, bermulalah aktiviti mereka kad. Huhu. Segala cacian adalah diharamkan..cuma pujian saja dibenarkan selepas anda semua melihat kad ni.. Kakkaka..


Ni di bahagian dalam kad. Nampak tak stamp corak-corak tu. Oh.. ayat-ayat atas kad biru itu saya cetak dari komputer sebab sangat malas hendak menulis sebab tangan dah kebas menanda kertas periksa dan memberi komen membina di kertas exam kanak-kanak riang.. Huhu..

Komen di exam papers? Macam mana tu?
Ntahla.. hari ni saya terlebih rajin dan membuat komen yang membina pada kesemua kertas spelling anak-anak murid saya.. dari yang dapat 20/20 hinggalah yang dapat 0/20. Gila sungguh hari ni. Sangat cemas sebenarnya... dan bila saya cemas, saya akan buat kerja gila. Mari lihat contoh komen di kertas anak murid saya yang dapat 0! Rasa seperti tidak mengajar dengan baik pula.. (T_T)v


Lihat tu.. eja collecting stamps pon tak reti.. stamps dieja dengan stem! Huwaaaaa... Collecting seashells dieja dengan colecting cihal.. apakah? Huwaaaa..saya sungguh kecewa dengan murid nih. Perkataan Double up? Terasa macam main game pula. Huwaaaaa.. tensi sungguh! Dia seorang aje dapat 0. Yang lain suma belas-belas. Dapat 20 seorang saja.. Huhu.. Eh.. apa ke hal melalut citer kertas exam ni oit..

Kita rewind balik... trrrrrrrrrrr... (macam bunyi pemain pita video.. sungguh klasik)

Selepas saya menampal kad biru yang ada wishing words tu, saya terus guna pen kaler-kaler IKEA dan terus mencopkan kat keliling kad biru. Saja mau kasi timbul itu kad.

Di bahagian luar pula..Jeng..jeng..jeng..


Di bahagian depan kad, diletakkan pula selotep kartun tuh. Cumil kan? Seperti yang dinyatakan tadi..segala cacian atau komen negatif adalah tidak dibenarkan sama sekali..akkakak..(Cara keji nak dapat komen bes-bes aje..)

Hanya TQ dan MACIH saja yang mampu dilakarkan. Sebab dah letih bangat. Terus aje dilekatkan pada botol air Tupperware.. Ori okeh. Bukan cap hayam.

Sebelum pulang tadi, berjaya menyerahkan hadiah kepada tuan punya badan. Diharapkan dengan adanya bekas air ini, maka korang tidak akan kehausan terlampau bila mengajar kat kanak-kanak riang yang hiperaktif. Kakakka.. Jangan lupa bawa masa hari pertama posting! Kakakaka..

Oh.. kepada mereka-mereka yang ingin menjadi dealer Tupperware sila hubungi saya okeh. Nanti saya bagi extra gift. Encik Q and Encik Syahir.. you must be one of the newbies in Tupperware..akkakaka (Sempat lagi ko pomot ye)Kol I ye..ekkeeke

Sekian, tima kasih!

3 comments:

~Insan Biasa~ said...

perghh..lama sudah saya tidak menyinggah di sini. Wallahhhhhh...sudah lain. heheh. elo bebeh...
assalamualaikummmmmmmmmmmm...

Ticer Syah said...

akkaka.. walaikumsalam bebeh..

suda lain la..aku dah mntah ijo nengok hat lama.. ni senang sket. ko choose kat bloger template ja lor..

Ticer Syah said...

akkaka.. walaikumsalam bebeh..

suda lain la..aku dah mntah ijo nengok hat lama.. ni senang sket. ko choose kat bloger template ja lor..

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails