Malam menjelang Hari Guru, aku dan hubby sebuk mencari hadiah untuk cikgu-cikgi sekolah anak aku. Walaupun anak aku yang bersekolah dua orang, hadiah untuk cikgu depa 8 orang. Aku tak tergamak nak bagi hanya untuk guru kelas sebab yang mengajar anak aku bukan hanya guru kelas, tapi guru-guru lain juga. Kesian pula pada cikgu-cikgu yang tidak memegang kelas. Sebab aku pernah jadi guru pusingan, tak dinafikan guru pusingan ni dapat hadiah ciput aje. Hehe.. So, macam tak aci aje. Sebab guru-guru lain pun mengajar anak kita sama. Oleh kerana ramai bebenor, so bajet haruslah dikecilkan jumlahnya, nak-nak lak tengah bulan..aiyooo.. bulan masih dalam samar-samar..Kakakaka..
Kunun pi Alor Star nak beli hadiah, tapi takde apa yang menarik, dah la mahal.. Pisan Mak! So, aku pi la ke Aneka Jitra. Wah, banyak betul pilihan. Hehehe.. Ada yang berguna, ada yang kurang berguna..kurang berguna dalam erti kata kalau beli, cikgu mereka sahih akan simpan dalam kotak. So, kena la cari benda yang akan diguna oleh cikgu diaorang. Last year beli kat cikgu depa pen dan juga tuala. This year....
Ini la hadiahnya. Bakul berbentuk kasut! Comel kan. Buleh la cikgu depa letak pen kaa, stapler kaaa, ruler kaa kat dalam tu.
Sehari sebelum Hari Guru, semua guru dan murid serta para waris dikerah untuk menjalankan aktiviti gotong-royong perdana. Kehadiran guru -- hampir kesemua guru hadir, ada la sorang dua yang ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Kehadiran waris -- tak sampai sepuluh orang if I am not mistaken. Sedih--sedih. Nampaknya hasrat untuk mengeratkan ukhuwah antara guru dan waris tidak kesampaian la kot... Lain kali we should make something yang lebih best rather than gotong-royong. Hahaha.. Gotong-royong penat la..akkakaka
In the end, the teachers kena jadi tukang kebun a day before Hari Guru.. WT..
No comments:
Post a Comment