Minggu exam baru saja berlalu. So, masa minggu exam, kalau dapat kelas pandai atau tidak sama aje la.. Kalau kelas belakang, kebarangkalian untuk kanak-kanak tu habis awal amatlah tinggi. Maklumle, depa just baca sepintas lalu dan terus aje membulat jawapan yang mereka suka.
Dan kelas belakang biasanya kita kena mengajar atau bagi mereka ruang untuk melukis atau membaca buku cerita apabila mereka habis. Ini amat berlainan sekali kalau kita menjaga kelas hadapan. Mereka boleh dikatakan sudah muak membaca (sebab cikgu dia terlupa nak tuko buku cerita baru sebenarnya..kakakka)
So, masa tengah jaga exam baru ni, aku nampak la mereka duduk berpasangan (sama jantina ye). Aku pun merisik khabar la..
"You all buat apa?"
"Kami main game, teacher..."
"Can I have a look?"
Terus aje depa tunjuk kertas.. Owh.. game ni. Aku pun story la kat kanak-kanak riang tu yang aku penah main game ni masa besaq depa. Kakkaka...
"Jom kita main la teacher.."
"Hangpa main la.. sat gi I menang..nanges lak.. so, macam mana you all bagi markah?"
"Jawapan sama 50 markah, kalau lain 100 markah.."
"Ni apsal ada words in English lak..mana aci.."
"Oh, teacher.. kalau words dalam English, 200 markah!"
"Wow! Dasatt... ok.. keep on playing.."
Korang biasa tak main game ni. Senang aje.. first sediakan kertas dan dalam kertas tu, kena ada column. Buat la 5 ke 6 column. Then, dalam setiap column, letak le Benda, Negeri, Buah, Nama, Pekerjaan dll yang korang rasa sesuai..
Pehtu, salah seorang kena la choose satu alphabet. Then, depa kena nyatakan satu perkataan dalam setiap column.
Contoh:
Huruf: S
Benda: Stokin
Negeri: Selangor
Buah: Sentul (Setoi in Kedah)
Nama: Syahjehan
Pekerjaan: Stewardess
Then, bagi markah macam yang budak tu kata.. kiranya Stewardess ni dapat 200 marks la...
Kat bawah ni, contoh game depa..
Rasionalnya game ni, dapat merangsang minda kanak-kanak untuk mengeluarkan seberapa banyak perkataan yang mereka tahu melalui huruf yang dipilih. Kalau ada perkataan baru, mereka akan menambah lagi perbendaharaan kata depa.. ada paham? Bagus game ni.. sila la cuba bersama kanak-kanak riang.. Hehehe
2 comments:
weh..dulu ni game fevret aku...paling tensen kalo dpt huruf X...wakakaka
kakaka..btoi2.. jom kita try X lak
Nama: Xavier
Negeri: Xoxo
Buah: Xiwi
Benda: Xray
Haiwan: Xebra
kakkakakka
Post a Comment