Kadang-kadang kita rasa orang lain betul,
Kadang-kadang kita rasa kita di tempat yang benar,
Kadang-kadang telahan kita tersasar.
Kadang-kadang aku bingung,
Kadang-kadang aku was-was,
Kadang-kadang mereka tongong,
Kadang-kadang mereka seperti mawas.
Kadang-kadang mereka berasa mereka benar,
Kadang-kadang mereka berasa mereka membantu,
Kadang-kadang mereka berasa mereka hebat,
Kadang-kadang mereka rasa itu sudah cukup.
Kadang-kadang mereka berasa mereka hebat,
Kadang-kadang mereka berasa mereka itu terbaik,
Tetapi kadang-kadang apakah yang mereka rasa itu benar,
Di sebalik telahan kita yang kadangkala tersasar.
Mungkin juga mereka benar,
Kerana kadang-kadang memang benar,
Mungkin juga mereka salah,
Kerana kadang-kadang mereka benar-benar salah.
Dalam hal ini,
Aku hanya mendengar, berfikir dan pasrah.
Sila terjemahkan ke dalam BI..akakakkak
2 comments:
cannot la ticer....
kadang2- sometimes..
lain2 tu aku smbung esok yek..kekekekek
Post a Comment