Sunday, February 21, 2010

Tamat sudah cuti!

So, sudah tamatlah cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina nih. Seminggu seh. Rasa boring lak dok rumah lama-lama. Lain la kalau pergi holiday. Ni tak pi kemana pun. Adam pulak cuti beberapa hari aje.. (sekolah dia ada gak Chinese students) tapi still tak cuti panjang macam sekolah aku yang cuma seorang saja cikgu Cina..kakakakak..

Bila first day sekolah, kekanak riang pakat kecoh...
"Teacher.. lama kami tak jumpa teacher!!!"
"Teacher... nak angpow.." Ciss sungguh..

Dan bermulalah era bayar-membayar hutang. Kuikuikui.. Oh, hari ni bawak RM 30 aje ke sekolah. So, tak bleh nak bayar hutang kat sahabat-sahabat handai..wakakkaka..

Hutang-hutang harus dibayar
KUTU Vantage =RM 28 (ada lagi lapan bulan)
Tudung= RM 40 (last)
Baju & Kasut = RM 100 or RM 50 (tokeynye kata ikut suka..kakaka)
Duit dana = Ntah berapa..aku lupa tanya..

Oh sungguh banyak hutang harus diselesaikan. Inilah duniaku. Penuh hutang. Kalau tak hutang tak berharta pula.. Kalau tak berhutang, duit banyak sangat pula..tak boleh bawa ke mati pun..kekekee.. nak beli di kedai bukan tak boleh. Tapi macam sayang duit pula. Kalau kat sekolah boleh buat ansuran mudah rebah. Best kan kalau ada ansuran mudah rebah. Duit minyak untuk pergi cari barang pun save. Hanya duduk di sekolah dan tunggu para towkey bawa katalog dan juga barang. Hahaha..

Tu hutang kecik-kecik aje. Ada lagi hutang-hutang besar.. Nak aku listkan kat sini? Tak payah. Nanti LHDN kejar aku pula..akkakaka.. rahsia.. shhhh...

P/S: Errr..ada sapa-sapa nak jelaskan hutang kat aku?

4 comments:

ONE ZABA said...

hutang kantin tak da ka???

.: mama cute :. said...

hutang kantin stakat ni tarak la bos..kkkekekeke.. bayo cash.tatot lak nk utang2 makan nih..kakakaka

MaszLaVista said...

haha..stetmen berani mati jer..kekekeke...sungguhpon aku takdak utang, tapi aku takde duit...lg haru

.: mama cute :. said...

alaa..takde duit perkara biasa.. kekek.. tau tak, bila kita berhutang, otak kita akan lebih cerdas! sebab ligat kepala otak nk memikirkan cara2 nak tutup lubang hutang..wakakkaka.. itu akunye hasil kajian la..wakakkaak

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails