Tuesday, September 29, 2009

Syawal Part 4 - Bermulalah sesi jalan-jalan!

Seperti besa setiap tahun acara yang sama, cuma kali ni tak balik ke kampung Babah aku sebab takde dah orang-orang tua yang nak diziarah (suma dah kembali ke Rahmatullah -Al-fatihah). So, kitaorang jenjalan aje ke dua tiga bijik rumah yang penting. Still ada orang tua.

Umah pertama, wajibul ghunnah la umah Mak Kiah, makcik aku, kakak kepada Mak aku. So, oleh kerana kesedapan membedal makanan kat umah Mak Kiah, aku terlupo nak snap gambo...sungguh kurenggg!!!

Next stop umah Mami Jarum, kakak kepada Mak aku jugak..kekeke.. Aku tak hengat nama dalam IC dia sebab dari kecik kitaorang panggil Mami.. Jarum saja ditambah aje..wakakka.. kalo panggey Mami Jarum mesti dia kata.. "Kau orang nih..pandai aje"


Rumah baru Mami yang dah diubahsuai.. Jadi kelassss gitu rumahnye.. Pergh.. Cik Par.. ko kena buat umah Mak cenggini baru karaaann.. pehtu letak seplo bilik, setiap bilik ada TV LCD beserta home theater, siap ada jakuzi tiap2 bilik ayor...melampau tak permintaan akak2 ko nih..wakakakkaa


Bersama Mami yang sentiasa vogue di mata kami..hehehe..


Second hall dalam umah Mami.. dasat ooo umah dia.. kuikuikui..

Dah puas berposing kat umah Mami, kitaorang bergerak plak ke rumah Mak Melor, isteri kepada arwah Pakcik aku a.k.a Pak Leman.. abang kepada Mak.. Dulu, arwah Pak Leman suka bebenor datang umah Mak dengan beskal dia.. how I miss Pak Leman now. Sebab dia ni ringan tulang walaupun tak baper cerdik. Lepas beberapa minggu dia meninggal, aku pernah termimpikan Pak Leman. Dia duduk dalam kedai tailor buat baju lelaki yang dasat, sambil senyum simpul pandang aku.. sedih tol.. Apa kes aku mimpi dia dok dalam kedai tu plak.. mushkil gak aku..


Mak Melor busy nak sedekah duit raya kat kanak2 riang.. kesian tol.. everytime kitaorang datang mesti dia nangis. Ratu air mata, nak wat macam mana, hati tuanya terusik, nak-nak bila anak-anak sendiri takde menjengah... dah la suami pon dah takde.. aiyaa.. very kesian lorr..

Habis je kat umah Mak Melor, kitaorang terus balik, maklumle bawak Tuan Aji, mana bleh lama-lama... rindu kat Mak kat umah sebab Mak tak ikut kitaorang jalan kali ni.. Remember.. the tangki airnye kes.. haru haru..


Dan lagi berposing ngan Encik Hubby yang dah penat gilos memandu.. jaga baik.. sat gi jadi mangsa kemas bilik Mak plak..wakakakka

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails