Monday, September 22, 2008

Main Bunga Api


Pelita baru dipasang di pagar rumah aku.. habis la awning aku kena jelaga malam nih.. kuikui

Petang tadi Papa bawak balik bunga api. Tak banyak pun... beli pun tak sampai seplo hengget. Tapi kanak-kanak riang ni main tak hengat donia.. sabo je la aku. Even Salman pun berani nak pegang api.. hish.. seb baik tak jadi apa-apa. Kalau tak mau beraya kat spital.. huhu..


Kanak-kanak riang beriya nak main bunga api..

Sebelum main bunga api, kereta di parkir kat luar rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti percikan bunga api dan juga letupan jihad kat kete..kuikui.. Then, proses pemasangan pelita buluh ni, pehtu baru la main bunga api.


Ok.. dah habis main, meh tiup polak.. kita masuk dalam tengok TV lak..

Habis je main bunga api, jiran sebelah bagi biskut makmur, suruh rasa. Memang sedap.. kalau menda pree bagi apa pon sodap.. goreng pon sodap.. wakakkakakaka. Then, depa bagi pinjam CD Upin dan Ipin plak.. paberet kanak-kanak riang la nih.. Kita layan aje..

Sekarang plak, tengah tengok citer cina.. tatau tajuk apa.. Aku plak tengah update blog.. kuikui..

Ok la u alls.. ngantuk plak.. Kalau rajin aku letak satu lagi entry ok.. C ya..

2 comments:

Anuar Manshor said...

Tak ganaslah bunga api. Mercun pistol baru ganas.
(Jangan meniru aksi ini di rumah).

.: mama cute :. said...

kanak2 riang, jangan dengar uncle ni punya sakap.. sat g kita beraya kat spital polak..kuikui

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails