Friday, July 22, 2011

Salah siapakah?

Bab salah menyalah ni memang syok kalau kita dok tuding jari kat orang. Hairan juga ye kenapa tidak dibuat dulu senarai semak sama ada salah itu sebenarnya datang dari kita. Kat mana-mana tempat kerja sekalipun, mesti ada manusia spesis ini. Menuding jari pada orang lain apabila kesalahan dirinya dihighlitekan. Oh.. cukup stress orang macam ni.

Contohnya begini. Seorang staff datang lewat ke sekolah dan apabila ditegur oleh rakan-rakan sejawat, dibalas dengan statement bahawa bukan dia seorang yang datang lewat.. Wow Tak Faham sungguh lah.

Mari kita lihat satu contoh:
"Aliana, I tengok u ni selalu mai lewat.. kenapa ye.. You kan ke ada pangkat kat sini, macam tak elok je la kalau u mai lewat, nanti orang kata apa polak..." tegur Neera.
Selamba aja Aliana jawab..
"Eh, bukan I sorang tau mai lewat.. tuuu.. Sheda Tembam pon lewat.. kol 7.20 baru keluar rumah tau dia tu.. lagi satu, Peah pun sama.. dah time baru mau sampai.. you jangan la kata kat I saja.. Tu lagi satu tu.. pasangan laki bini tu pun mai lewat.. you tak kata apa pon.."

Haaa.. faham? Macam tu la..

Apa yang saya nak tekankan kat sini. Boleh tak kalau orang nasihat kita tu, kita terima dulu. Jangan cuba tuding kat orang lain. Kalau dah mai lewat tu, kalau boleh, bangun lebih awal, disiplin kasi mantop dulu dan tanya diri kita..apsal orang asek tegur kita aje yang lewat.. Orang lain tak kena tegur pon.. Itu tandanya kita tu memang lewat tahap gaban. Kalau tempat kerja kita mula jam 7.45. Takkan kul 8.00 pun kita nak kira awal... adil kah?

Macam saya sendiri. Kadang-kadang memang terlewat. Tapi tak pernah pun nak salahkan orang lain (habis kuat pun salahkan kanak-kanak riang..akakkaka). Sebab yang lewat itu adalah diatas kesalahan saya sendiri. Kerana bangun lewat, kerana tidur lewat, kerana tidak dapat mendisiplin kanak-kanak riang untuk bangun awal.. maka sapa lagi yang salah? Salah saya la kan.. Takkan la nak salahkan orang lain pula. Dah tentulah masa yang kita tentukan. Walaupun tempat kerja saya paling jauh berbanding dengan rakan sejawat lain, tapi bila saya sampai, masih ada lagi lopak-lopak parking yang kosong.. Hai..takkan saya lewat kot.. Hampagaslah anda!

Bukan tidak boleh datang lewat. Kadang-kadang mesti kita terlewat di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tapi kalau dah setiap hari lewat dan orang putih kata obvious sangat.. takkan la kita takde inisiatif nak perbaiki diri kita. Kalau biasa kita bangun tidur pukul 5.30. Kita bangunlah awal lagi dah tau kita ni memang jenis lambat bersiap (contoh macam saya la.. mekap harus la seplo minit max..akkakakak). Dan kalau rasa time tu la nak gosok baju sendiri, laki dan anak-anak.. buatlah pada waktu malam, siapkan buku mereka tu atau pastikan pasangan korang tu turut memberikan khidmat bantu. Ada faham ka? Hish.. itu pon ticer nak kena habaq.. apa daaaa

Dan satu lagi bila orang dok tegur kita tu maksudnya orang take care pasal kita tau. Ingat senang ke orang nak beri perhatian dan kasih sayang pada kita. Kalau orang tak peduli..lantak ko la nak datang kol baper pon. Coti terus pon Aiman tak kesah.. akkakaka

Sekian.. datanglah awal untuk menghirup udara pagi yang sungguh nyaman.. tak caya cuba datang sekolah sebelum 7.30..akkakak


Saman selalu mai sekolah awal tau! Sapa datang lewat cikgu kata berdosa masuk api neraka..

Kakakakkaa!

3 comments:

atie @ ejay said...

nak tanya.. jitra duk area mna? cantik gambar kat header tu:) mcm tepi tasik darulaman je

Ubeee..... said...

hahahaha...kelakarkan org2 mcm tu? aku selalu dtg lewat (time tk de mtg lar) tp kalo kena sound dgn boss, tk penah pn aku suh dia cek staff yg lain..dh mmg aku lembab, bgn pun lambat, gerenti lar terlajak time masuk keje...
Aku cuma sampai ofis awal time bulan poser aje....wakakakaka

Ticer Syah said...

@atie:
km dok area tasik tu jugak le..kekeke..amek gambo situ senang.. maklumle..bersama kekanak riang.. leceh nak posing pakai baju raya kalau p tang lain..akkakaka..nk tuko baju pon senang..kekeke

@ubeee:
u know nevermind okeh.. hangen sungguh la kalau dah lewat dok kata orang len lewwat sama.. cap hayam sungguh.. aku pon klau bulan posa tip top la.. sbb lepas sahur kompem kenot sleep..akakakka

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails