Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, December 2, 2015

Bila nak update blog...

Bismillahirrahmanirrahim,

Selalunya bilakah waktu sesuai untuk mengupdate blog? Ye.. bila kita lapang... tapi kadang-kadang bila lapang, idea pulak dok jem. Nak story pon takde story, sat gi hambar pula, peminat lari 100 meter terus. (bajet ramai peminat kakakak). 

Sejak dah ada media sosial bernama Facebook ni, maka jaranglah saya nak update story sebab my blog is like my own diary. Facebook tu pon lebih kuranglah bila kita up status. Nak-nak pula bila kita pakai phone. Lagi la senang. Dok dalam jamban pon bole skrol. Unlike blog, yang saya prefer guna lappy to update anything. Mata semakin muda, so demand la sikit bila bab nak mengarang dengan penuh perasaan gitu. Kakakka..

Lagi pula dah ada rakyat jelata yang ramai. Maka masa adalah sangat suntuk. Sampai tak dan. Tambahan pula dah mula pula buat aktiviti luar. Lagi la tak dan. So, kalau nak update aje, terus la ke IG atau FB. Nak emo tahap gaban, lari pi Twitter. Kakakkaa.. Dah puas emo, padam plak post. Gitu akkakaka

Macam sekarang ni, tengah dok update, time tu la si Naufal dok ngusik si Hyder sampai terpekik lelong si Dino Boy tu. Kemudian si Xayra pula time-time ni la nak tidur kan. Jadi kena juggle the time tu betul-betul. To sit and write a post tu kira berjaya melepasi tahap masa yg kritikal kiranya. Kakkaka..

Oklah.. so, whenever I free, I will update here. Little Xayra dah mula nak emo dengan kenyaringan suaranya yg Mama tak menahan nak dengaq. So, see you later.


Sekian,
Salam penuh Chenta
Mama Gojes

Friday, November 27, 2015

Cerita pasal JK1M - Jom Kurus 1 Malaysia with Kevin Zahri dan kesan-kesannya. (nada serius)

Bismillahirrahmannirrahim
Januari 2014

Tetiba aje teringin nak join program Jom Kurus 1 Malaysia. Sebab nampak macam exciting and thrill. Tak perlu suntikan dan supplement yang merisaukan.. Cuma kita perlu penat aje. Moving your body like mad kakakkaa...

Masa nak join tu memang rasa takut. Boleh ke nak join ni. Boleh ke bagi komitmen. Nak-nak bila kita memegang kelas peperiksaan. Training pula setiap Sabtu. Maka kawtim la siap-siap dengan kawan2 ubah jadual waktu kelas agar tidak ketinggalan. Ye la. Dah bayar takkan nak ponteng gitu. Kakakka.. 

Maka join la dengan jayanya. Bila dah join. Ada perubahan, ada kesedaran dan ada motivasi especially bila workout beramai-ramai. Bincang cara pemakanan dalam group Whatsapp. Bincang what to do and what not to do semasa dalam program yang berlangsung selama 6 minggu. 

Selepas Season 1 berakhir. Join pula Season 2. Lepas Season 2, join pula program Let's Get Fit dengan the same coach supaya rutin tidak terlupa dan terlalai. Bila dah biasa, kita pun dah jadi macam syok aje sebab sudah reti kira kalori, sudah reti nak workout macam mana dan reti macam mana nak burn apa yang kita bedal. 

Join ni bukan kerana nak turun berat badan semata-mata. Tapi memandangkan keturunan kami ni banyak sangat penyakit yang boleh dihadapi sekiranya tidak berhati-hati dijalanraya. Maka keputusan ini terus diambil. So starting from January dengan berberatkan (akakkaa) 65kg. Pada Julai 2014 after 3 programs... berjaya mendapat 53kg. Ye, bukan mudah ye nak turun berat badan. Ada masa berat tu akan plateau. Time tu kita akan rasa very stressful. Perempuan pulak banyak storynya. Bila time nak datang bulan. Kebarangkalian berat akan naik itu sangat tinggi. Dengan nafsu makan yang membuak-buak. Hahaha.. Maka journey to kurus ni bukan ko jaga makan dan exercise, ko akan turun mencanak-canak. Ada masa naik juga ok. Jadi kuncinya disini ialah sabar. Tu pasal kena berworkout berjemaah. Bila kita down, jemaah akan memberi motivasi dan kita akan OK balik. InsyaAllah.

Usai Season 1. Kitaorang, geng yang tak pernah join apa jua bentuk marathon, saja-sajalah join. Tak sangka berjaya menamatkan larian sejauh 9km, Hap haaappp macam nak pitam. Berjaya duduk dalam kelompok 20. Alhamdullilah.

Pada bulan Ogos, cuba masuk pula marathon Malam Merdeka. Time tu memang syok tak sangga la sebab meriah bangat. Dan tak disangka-sangka. Dapat pula duduk dalam kelompok 5 terlaju. Alhamdullilah. Dapat bawak balik air isotonik saiz gabak. Bagilah hadiah syok sikit macam hamper buah ke.. baru le healthy. Ye dok.. kakakka

Selepas itu, entah macam mana (boleh lagi guna ayat entah macam mana ahhaha). Tiba-tiba teringat. Eh eh.. lama sungguh bulan tidak datang menjengah. Nahaiii.. ada sesuatu rupanya. Maka.. season 3, season 4 tak bolehlah nak join sebab dah jadi Mak Buyung kembali. Ho yeah ho yeah... 

Alhamdullilah rezeki Allah nak bagi. Dapat pula baby girl buat sekian kalinya setelah mendapat 4 putera yang boleh tahan dia punya mental challenge kikiki. Begitulah ceritanya tentang JK1M dan kesan-kesannya selepas kita join program ni.

So, this year 2015. Join pula untuk Season 5. Alhamdullilah. dari berat 65 dah tinggal 61. Banyak lagi nak kena turun. Ye la... baru satu season cheq.. dulu tiga program hakak join baru buleh... ni kena join banyak lagi la.

Lepas aje Season 5, mujoq ada program Underground Fitness Club. Sedang berlangsung la ni sampaiiiiiii laaa bulan December. Semoga ada perubahan walaupon macam sedap makanan dewasa ini. Kakakaa.. 
With sifu Kevin Zahri #kevinzahri

Ini la the only girl in the house. #botakgirl

And her name is #ErynaXayra

Sekian,
Mama Gojes

Tuesday, October 15, 2013

Aidiladha in Melaka.

Keh3x

Lama tak mai jenguk sinilah. Kesian penuh sawang.. Sikijam nak sapu sawang... sreett.. sreettt.. ok siap..Kuikuikui..

Di kesempatan ini (sebab masa Aidilfitri tak sempat pun kakaka) saya nak wish everybody Selamat Hari Raya Aidilfitri. Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang.

Kali ni Raya Haji cuti kemain lama, maka kitaorang ambillah kesempatan nak berjimba-jimba di Melaka..

So.. mari cuci matoo..

Mereka yang balik kali ni.. Kui3x. Sedih ok tak cukup korum.. :p

Ateh's family.

Angah's family.

Me and hub!

The sisters yang tinggal.. kakka

Mana kanak-kanak riang saya yang lain eh.. Aisey.. suma bz dok main game la.. makan la.. Tapi sempat juga la bergambar sedas dua.. tapi suma dalam phone my hubby. Malas nak download... keh3x. Hat ni pun kebas dari IG.. Kkakaka..

Apa pun, selamat menjalani ibadah korban dan selamat menunaikan haji kepada mereka-mereka yang dok dekat Tanah Suci tuuu.. Semoga satu hari nanti, kami berdua pula berkesempatan untuk kesana.. InsyaAllah.



Friday, June 7, 2013

Birthday Bash Berjemaah!

As usual, kitaorang suka bebenor buat birthday secara berjemaah.. First, jimat masa sebab bukan mudah  nak berkumpul ramai-ramai. Second, jimat uwang jugak.. kui3x. Bak kata orang, berjimat-cermat adalah amalan yang mulia. So, pakat sorang sikit amek jawatan masing-masing. This time, saya kena bahagian goodies bags for kiddies. Maka memulunlah dari pagi pergi cari bahan and pack those things. Gumbira tak hengat.... Dan kali ni yang masuk book ialah Salman and Hyder. Kanak-kanak lain yang terlibat, Sya'rawi, Fayyadh and Nayli.. orang tua yang terlibat ialah Pak Tam.. Kui3x

Lepas Maghrib terus aje berkumpul. Meriah la masyarakat berkumpul sakan di rumah MILku. Bila dah cukup korum, susun pulak hadiah-hadiah.. Teruja la kanak-kanak tengok hadiah berkumpul. Hat kanak-kanak riang dah terlebih umur pulak yang lebih teruja.. Kakakka.. 

See the kids and their prezzies! Muka Salman macam tak gumbira kenapa eh.. kakaka

Foodies malam tu sponsored by Mak Lang, Tetah, Pak Tam dan lain-lain yang bawak sorang sikit. Tu la..senang buat sekaligus ni. Dah jadi macam kenduri plak. Hehe..

Pizza sampai 4 boxes. Yang ini hat paling awal dikendurikan.. kakakak

Lepas dah baca doa oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Abdull Jamil, maka sesi makan-makan pun bermula. Lepas tu upacara potong kek dan sesi photography. Hehe

Ini best pren ni. Beli baju sama, mainan sama, selipar pun sama... Sebaya la kata.. Hehe

Posing dulu. Hyder pon ada. Haha.. Sibuk je Hyder.. cian tak celebrate birthday dia lagi kat Kedah ni. Aiceh

Hyder and Mama posing... Baju same kaler.. keh3x

Time to blow the candles. Syok tak hengat kekanak nih! Take turn to blow the candles too. Lepas padam, pasang balik.. pehtu padam, pasang balik..gitu

Nahhh..potong pulak

Nahhh.. gambo polok-polok wajib ada..akkakak..eh.. apsal ada kecacatan disitu..Oh..mesti buatan orang..kahkahkah

Acara penutup ialah membedal eskremm!

Nahh..makan sampai kenyang... Happy memasing!

Oh.. ada lagi acara.. acara buka hadiah.. tak dan la nak snap.. Memory card sudah FULL!

Apa pun.. happy birthday to all kanak-kanak riang yang terlibat. We love u!

Wednesday, May 29, 2013

Asyik-asyik 'S' saja yang kena!

Sudah dua hari si Adam duduk rumah Mak Tok. I know why.. kalau duduk rumah, suma kerja dia kena tolong ok. So, bila duduk rumah Mak Tok, haruslah beliau selamat. Yeahh.. I know his trick.. kuikuikui.. Takpe.. bagi chance.. today takde chance dah naa.. So, bila dia takde, another two haruslah menjadi PA Mama yang sungguh berkaliber. This morning, Naufal bangkit lewat kemain... sahih dok ngadap lappy sampai midnite. Mama dia tidur awal lagi sebab tak larat.. Yang bangun awal, sudah tentu Hyder dan Salman. Papa pun awal lagi sebab kena pergi opis. Kuikuikui.. 

So, masa dok prepare breakfast, Salman membebel la sebab asyik dia aje kena tolong.. ayat dia gini..

"Asyik-asyik Sssssss aje kena tolong Mama... Sikit-sikit S, sikit-sikit S... Yang F tak tolong pun.."

I was a bit confused..

"Eh.. apa yang S, apa yang F tu sayang?" I asked...

"S tu Salman laaa... hish..tu pun tak tau.."

"F tu sapa pulak?"

"Ishhh..Mama ni.. F tu Naufal lahhh!!!!" dengan bersungguh-sungguh wajah dia menerangkan kat Mama..

Mama terus ketawa berdekah-dekah.. Muka Salman terus hairan.

"Salman.. Naufal tu nama dia mula dari N..bukan F!" Mama menerangkan dengan penuh tabah.

"Huruf F la Mama...NauFAL.. NauFALLL!" sambil menekankan bunyi F dibelakang!

Owh.. kasi menanglah..

Dan Mama ketawa lagi sampai berair mata dibuatnya..

Salman oh Salman!

S is for Salman!

Ke Penang lagi... bersama rombongan Cik Kiah!

Hello Penang!

Minggu pertama cuti sekolah, tiada apa yang menarik untuk dikongsi, selain daripada mengemas rumah dan memasak macam surirumah lain. Selain dari tu, menghadiri kelas tambahan untuk kanak-kanak riang kat sekolah. I bet depa lagi tekanan kot kena datang sekolah time cuti..kui3x. Then, masa last Sunday, hubs ajak pergi Penang untuk shopping raya la kunun. Pulun la membeli-belah sampai lari bajet tak hengat..hahaha.. Murah giler..


Tengok ni.. memborong tak hengat donia... takde flower-flower okess sebab all boys! Grrr... Even baju Mama pun checkered jugak.. kuikuikui.. Barulah adil dan saksama!

Muka dah penat membeli belah.. tak sabar nak p tang len.. so posing dengan kereta-kereta camni just nak alihkan perhatian kebosanan mereka.. kakaka..

Seluar jeans kanak-kanak riang dari RM89.90 tinggal dalam lingkungan RM 21-22. Apa lagi.. merembat dengan penuh gembira. Baju kemeja checkered around RM19 for long sleeves. Seronok bukan main kanak-kanak riang tu. The Mama and Papa oso tak ketinggalan.  Normally, Mama dia jaranglah nak shopping beli barang sebab prefer online dan rasa beli kedai biasa (baca: market or Padang Besar) lagi murah.. Sekali tengok sale giler kentang..eh..terbeli dua jeans, satu blouse..kakakakka. Gitu kalau kegilaan membeli dan belah sudah sampai.. bahaya ok! Kuikuikui..

Gitu kekdahnye..penuh tangan! Papa garu kepala.. kakakka

Habis aje bab shopping, terus ke Batu Feringghi bagi chance kat the kiddies untuk mandi laut..sebab dah janji haruslah ditepati uols...


Apa-apa hal.. geng wanita Melayu terakhir haruslah posing.. kakakka

Diikuti dengan geng bapak-bapak Melayu terakhir dan kanak-kanak riang...

Habis aje bab mandi-manda terus aje la pulang ke teratak masing-masing. Sampai rumah lebih kurang jam 11 malam.. Hyder punye gambar tiada eh dalam post ini... Ohh.. lupa nak habaq.. Hyder dok ngan ibu.. Kui3x. Tu pasal Mama dia sempat shopping okkkk.. 

Sekian, hepi holidei dei deii!!!



Saturday, April 27, 2013

Rajin terlebih!

This morning kepulunan la bangkit terawal pulak walaupun tidur tak berapa nak lena sebab Hyder demam panas. Oleh kerana ada karnival BM di sekolah, maka kenalah keluar awal..maklumlah my school jadi tuan rumah, ditambah pula bilik saya menjadi bilik khas untuk pertandingan bercerita Tahap 1. Adeh.. tak bole la  nak datang lewat.. sedih!

Sampai saja disekolah, sudah meriah dah keadaan sekolah walaupun jam baru jam 7.50 pagi. Pulun depa ni mai awal.. Kakakka.. Meja pendaftaran sudah ada dua tiga orang yang setia menanti. Kui3x. Setelah diserah kunci pada pihak berwajib, maka geng2 PA System pun bersiap sedia la meletak alat mereka kat tempat-tempat yang berkaitan. Geng-geng lain pun turut sama bertungkus-lumus  bikin itu dan ini. Memang berpeluh tiak la kalau jadi tuan rumah. Semuanya nak kena perfect. Tambahan pula geng-geng admin semua wanita melayu terakhir.. maka sentuhan kewanitaan itu haruslah ada dan musti nak perfect sokmo. Kalau tidak.. takkan le sanggup beli pasu baru bagai..akakkak..

Alhamdullilah, karnival berlangsung dengan jayanye dan one of the peserta berjaya menggondol tempat pertama dalam pertandingan bercerita tahap 2. Ticer bangga tak hengat..kkakaka..cuma tak termenjerit aje.. (ober ticer kalau bab nak jadi cheering nih kui3x)

 Congrats tu all contestants!

Ok.. abes dah citer bab Karnival BM. Meh nak story citer selepas itu. Sampai rumah nearly 1 o'clock. Masuk rumah.. wah.. bersih sungguh rumah I. Tanjat boboi.. tetiba aje suami berkata..

"Abang dah kemas rumah, basuh baju, sidai, mop lantai, panaskan lauk, hidang makanan, bagi Hyder makan ubat, Salman pun sama... bla..bla..bla.. "

Kemain panjang list...

And saya terus dapat menangkap dengan laju dan tuntas..

"Sayang nak pergi ride kan?!"

Suami tersenyum kelat...

Ada makna okkkkk kalau tetiba beliau rajin terlebihhhhh...

Ok, sekian aje story hari ni.. kui3x

Salam Mengundi!



Tuesday, April 9, 2013

Alfatihah to my FIL : Dato' Haji Abdul Hamid b Abdul Rahman Al-Jarumi (1930 - 2013)

Pagi tu around 8.00 a.m. saya tengah dok beri kertas kat budak-budak tetiba Hubby called dan suruh balik on the spot. Ada emergency regarding my FIL.

Terus rasa tak sedap hati dan pesan kat students dan  bersiap untuk pulang. Jumpa PK 1 dan explained everything and drove off to my house.

Dalam hati dok berkira-kira nak ambil the boys dulu ke tak. Sampai rumah tukar baju PJ dok pakai pagi tu dan terus keluar kembali ambil the boys setelah dok fikir tak tahu bila akan pulang kerumah kembali.. and tak tahu what will happen later on. 

Masa on the way nak ke Alor Setar, dapat lagi call dari ipar dan terus confirm the bad news...

"Baba dah tak dak"

Time tu masih calm lagi tapi hati sayu aje rasanye. And Hubby kelihatan cuba mengawal perasaan.  Teringat pula masa arwah Babah saya yang meninggal 4 years ago. Macam tak caya aje Baba yang ni pulak dah pergi sebab baru malam tadi aje kitaorang jumpa Baba kat rumah. Malam tu masa kitaorang datang, elok aje Baba dok makan kat meja.. Makan bubur nasi. Bila nak balik, sempat jugalah bersalaman dengan Baba, tapi beliau cuma mengangguk saja seperti lazimnya.

Patutlah Hubby tergerak hati nak pergi rumah FIL malam tu sebab biasanya kalau weekdays memang jarang nak ke Alor Setar sebab my boys abis kelas ngaji Quran jam 9. Lepas tu buat homework dan tidur. So, that night lepas aje kelas Quran, terus pergi ke rumah FIL. 

Bila sampai aje rumah MIL, kereta dah melimpah sampai keluar, tapi cuba juga untuk kami masuk perkarangan rumah. Khemah sedang mula dipasang. Wah.. cepat sungguh. Bila masuk terus saja mencari Baba.. Berjumpa dengan adik ipar, terus kami berpelukan dan air mata turun dengan lebat. Melihat jenazah Baba bagaikan orang sedang tidur. Hubby terus cium dahi Baba dan menangis. Memang sayu time ni. Macam tak percaya langsung padahal baru malam tadi aje jumpa.. Selepas itu, kitaorang terus naik keatas bertemu dengan adik beradik lain. Mencari MIL. Sedang bersiap dalam kesedihan. Dan kemudian, orang mula memenuhi kawasan rumah, didalam diluar. Yang sedang pasang khemah pun bertungkus lumus memastikan semuanya siap.

Ramai sungguh yang datang menziarah. Sungguh terharu melihat para tetamu yang hadir. Setiap kali mereka menatap wajah Baba, terus aje mereka berdoa dan mengucup pipi, dahi serta meraut-raut kening Baba. 

Saya hanya memerhati sambil duduk ditepi membacakan Yassin. Sekali sekala melihat sekeliling sambil menunggu ipar-ipar lain yang masih belum tiba khususnya dari Penang dan KL. Dalam hati hanya berdoa agar mereka sempat tiba untuk menatap wajah Baba buat kali terakhir. 

Alhamdullilah, sempat juga mereka tiba sebelum jam 3. Sempat juga mereka sama-sama memandikan Baba dan mengucup Baba buat kali terakhir. Saat paling sayu adalah tatkala Baba dikafankan, ramai sungguh orang nak mengucup Baba. Sampaikan tiada ruang untuk  bergerak. Dalam hati kecil saya berbisik.. Untungnya Baba... Ramai orang sayang, ramai orang ziarah dan kebanyakkannye memang kami tak kenal. Kata sahabat saya yang turut hadir.. kereta banyak, sehingga terpaksa parking jauh sedikit. Kawasan masjid dah penuh. 

Bila saat Baba dimasukkan kedalam pengusung untuk dibawa ke tanah perkuburan ramai yang kerumun nak tolong bawa. Allahuakhbar saya  bisik dalam hati. Bertuah sungguh Baba! Selepas itu Baba dibawa ke masjid  untuk disolatkan seterusnya disimpan. Selepas saja solat Asar, jenazah Baba terus saja disemadikan. 

Malam itu kami balik agak lewat kerumah. Sampai dirumah terus saja log on pada laman sosial. Ramai juga yang mengucapkan takziah pada saya dan suami serta keluarga. Terima kasih banyak-banyak diatas doa dan keprihatinan kalian. Terima kasih juga pada kesemua mereka yang hadir memberikan penghormatan terakhir pada hari itu. Dan saya juga dapat melihat bahawa rupanya Baba agak terkenal juga. Beberapa page turut mewar-warkan tentang pemergian Baba dan ramai yang turut menyedekahkan Al-Fatihah buat Baba. Beruntungnya Baba...

Dalam saya membaca segala cerita tentang kehebatan Baba yang membuatkan saya terharu dan kagum, saya mengenali Baba sebagai seorang yang sangat-sangat sederhana, tidak banyak bercakap dan hanya bercakap bila perlu, rajin membaca Al-Quran dan kitab-kitab dimasa lapang, gemarkan kopi dan suka bersantai dirumah dengan hanya bersinglet putih dan kain pelikat sahaja. 

Beruntungnya Baba, perginya dalam tidur, perginya diratapi ramai, perginya sangat-sangat mudah.

Semoga Allah menempatkan arwah Baba dan arwah Babahku dikalangan orang-orang yang beriman, Aamiin.

Photo: Salman: Lepas ni masjid tok ayah sapa nak jaga Mama? 
Salman sedang membaca Al-Fatihah buat Baba. 

Sunday, March 31, 2013

Hatyai Again kui3x

Salam kengkawan..

Cuti sekolah ni, ingatkan nak pergi jauh sikit.. Sekali dok tunggu election date punye pasal, terus tak jadi pergi jauh. Maklumla.. apa-apa hal pun kena rancang awal. Book hotel awal, book flight awal.. baru dapat murah.. kalau last minit.. jenuh kita bayaq harga tak baper nak murah tu. Leh kempis poket kita ok.

Maka cuti kali ni, ke Hatyai saja laaa.. Kali ni bawak sekali member hat duduk kat Pahang nuhhhh.. kesian cita-cita tinggi nak pergi bercuti ke oversea terbantut sebab date election tak tahu bila. Mujur jugalah bole ke Hatyai.. kira oversea jugak..kahkahkah.. walaupun ada manusia kata.. elehhh..kat Siam je pong.. Ehh..ada aku kesahhh.. pergi juga ok. Dari anda yang dok saja depan laptop, hati mucuk penuh nyeles tak pi mana pun.. Ewah-ewah.. dok perlekeh orang pergi Siam plak.. kui3x.. Eh.. teremo.. tak baik untuk kesihatan.. Tapi memang pergi sini kos sangatlah murahhhh..

Kanak-kanak riang opkoz la dah tak gumbira nak kesini sebab dah pernah pergi. Itupun bagi jugaklah mereka masuk kedalam Ice Dome join dengan Aunty Syima and the gang. Kalau idak.. harus emo tahap gaban OK. Pergi ke Songkhla Zoo pun mereka gumbira jugak sebab boleh bagi makan kat cipan etc. Hehehe.

Jadi kos untuk kesana:

Minyak petrol RON 95: Jitra-Hatyai-Songkhla-Jitra adalah full tank. Sampai ke Jitra.. masih ada setakah.. RM 70 gitu.
Hotel Hi-Season (1 queen size bed, 1 single bed) : RM 170 for two nights including tax (tempah sebulan awal okkk)
Tol: Zero! Kecuali masa nak masuk ke Malaysia.. kena la bayar RM 3 kot lebih kurang kat PLUS Malaysia OKKK...




Ini le tempat kitaorang menumpang kasih. Hehe.. Biliknye quite spacious la..


Besar katilnye.. Gumbira ok..

Lepas aje check-in, terus aje kitaorang pergi cari tempat makan.. Nak mudah..tengok aje signboard ada tulis halal.. lepas tu penjual tu pakai tudung. Tak yah nak was-was.. Bersangka baik lebih mudah ok..


Nahai.. puas makan laksa hatyai ni. Ulam penuh meja.. RM 4 sepinggan.. Makan kat sini quite expensive.. Nak-nak pulak kita ni orang luar.. Hampagas sungguh..


Ini lokasi di Songkhla Zoo. Masa hari tu pergi, tak jumpa pun jalan ni. So, just imagine Zoo depa yang luas giler sampaikan semua orang dibenarkan bawak masuk kereta. Cuma bayar extra RM 5 aje nak bawak masuk kereta..

Adult: RM10
Kids: RM 5
Car : RM 5

Nah.. saya tulis siap2 senang korang nak membajet.. kekekek


Ini pula Samila Beach. Famous tang patung duyung ni. Bole beli macam-macam souvenir dekat sini. Saya pun beli la tempat letak pen, berpatungkan ini.. tak tahu nak beri pada sapa.. Kui3x. RM 3 satu..dua is RM5. Pandai depa menega.

Lepas pergi bergumbira disini.. terus ke Ice Dome Hatyai





Nak masuk dalam tempat ni..

Adult: RM 30
Kids : RM 20
Kat dalam tu, mereka akan berikan kita jacket tebal, sarung tangan sekali. 

Sewa kasut : RM 10.. siap dapat socks percuma.

Kalau tak mahu sewa kasut.. sila pakai kasut dan juga stokin siap-siap.. Tiada paksaan untuk menyewa kasut.. cuma tahan dengan tak tahan aje. Dalam tu suhunya adalah negatif 15 darjah selsius.

Selain dari tempat-tempat ni, kitaorang pusing-pusing city of Hatyai sambil cuci mata dan poket.. kakakkaa..

Tempat-tempat menarik untuk dilawati sambil melicinkan poket ialah Lee Garden..

Dekat sini boleh cuba nasi lemak, teh tarik dan juga sarang burung yang hebakkkk sekali. Minum satu bowl is RM10. Nasi lemak tak perasan plak brapa ringgit. Teh tarik ialah RM 2 sebekas. Lazat tak hengat.. Dok hairan kenapalah sedap betul teh tarik depa.. Rupanya depa masak air dengan daun pandan ok. So, sila tanam pandan keliling rumah dan masak air dengan daun pandan siap2.. Bole bukak gerai tepi rumah.. Kui3x




 Inilah tempatnya nak cari makanan lazat. Nasi lemak, teh tarik..mamat baju itam tu yang bikin. Kemain dia liang liuk badan nak menarik teh tu.. Kui3x. Sarang burung next to his stall.

Masa hari last (Friday) kitaorang pergi serbu ke floating market plak. Punye la ramai manusia.. walaupun tatkala itu matahari kemain mencanak dikepala.. hangat tak tau nak habaq..

Photo: Masih awal
Ini masa awal lagi. Tak ramai lagi.. Bila dah redup.. tedia manusia...Kui3x



Ok..ini telur puyuh ok.  Digoreng begitu saja pehtu dia letak la black pepper dan sos ikan. Sila bikinnn.. RM 2.50 aje.


Ini pulak betik muda dihiris halus (aku ingat ubi kayu ok), pehtu goreng.. then, dicampur bersama udang goreng, kacang, bawang cincang, sos ikan, sos pedas apa ntah, telur rebus kendian digoreng dan makannn.. RM 3 sebekas.. Air longan/tebu/kelapa/apa saja jenis pun bole.. siap dengan bekas tembikar ini ialah RM 2.50. Bawak balik terus bekasnya ok. Leh jadi kenangan.. Heheh

Makanan kat floating market ini memang la pelbagai. Range harga RM 2- RM 3 aje.. Tak mahal mana pun. Banyak pulak tu. Jenuh nak pilih, jenuh nak bedal..

Tips.. Cari tempat duduk strategik dan suruh ahli kumpulan lain pergi hunting food ok. Sebab tempat duduk tepi situ adalah limited. Lambat kalu.. penuh terus.. kui3x.


Ini kita panggil market or bazaar.. Dalam ini macam-macam ada. Membahayakan poket. Dinasihatkan bawak air siap2 sebab dahaga tak hengat ok. Nak-nak lak cuaca panas time ni. Nak beli barang kena pandai mintak kurang. Baju dia akan letak harga tinggi melangit.. RM 60. Mintak kurang buleh la RM30. Sebenarnya bole mintak lagi.. tapi kadang2 tengok muka peniaga pon kita rasa nak sekeh.. jadi bayar je la.. kakakak.. Nak murah lagi..buat-buat nak tinggalkan kedai.. terus dia akan kasi harga yang kita mintak awal tadi. So.. kalau RM 40.. ask for RM20 a.k.a 200 baht. Ada paham ka kanak-kanak?

Tapi kalau terer..memang akan dapat lagi murah la.. kuikuikui. Yang penting kat sini, saya berjaya memulun blouse dua tiga helai, tshirt dan opkoz skirt kembang bawah I likeeeee.. kekeke. Baju Hyder toksah cerita.. dia paling banyak ok.Ceh... syok la tu Hyder.. kui3x

Apa pun.. tengkiyu kepada roommate yang sudi bawak kitaorang pergi bergumbira disini.. Hehehe.. Nanti hujung taun bolehkah kami kesini lagi? Tehehe.. Pitam ok..


TQ again my roommate...

Sekian, tengkiyu for my lovely readers.. hehe

Monday, March 18, 2013

Bila network pun miscommunication jugak!

That day I called my mom. Asyik engaged aje dari pagi sampai ke malam. I called her handphone. Tiada berjawab. Adoi.. kemanalah Omak I pergi berjimba-jimba ini. Dan siapa pulak yang dok calling Omak tanpa henti. Stress langsung.

The next day Omak called me.

"Mak dok cakap kat Syakirah.. manalah Mamida kau pergi..sibuk sangat agaknye sampai tak call nenek pun!"
"Uik.. orang call Omak yang tak angkat-angkat. Pehtu call rumah asek engaged manjanggg..."
"Hahh??!! Mesti line gila sebab takde sapa pon pakai tepon umah aku ni"

Oh my! Line pon ada masanye kurang siuman iye! Then I told her about her handphone. Omak jawab senang aje..

"Oh..itu mesti Mak kat luau atau tengah tidur"

Woah! Kalau kita kata camtu mesti Omak membebel eh..

Sabau je ler..

TM! Tulung tengok sat line rumah Mak I tu! Sekeh karang baru tahu. Kalau bayar lambat sikit, tak dan dua bulan kemain potong tanpa notis.. Ini line sendu, korang boleh buat derk aje ye.. Cis tart sungguh! Sumpah jadi peti ais baru tahu! Hoh!


Sekian, tengkiyu and gudbai!

Monday, March 11, 2013

Kali ni Mak betul-betul salah!

Salam,
One day, saya call Omak menanyakan resipi  nak buat roti jala. Biasalah Omak tu kan ke Otai dapur, maka haruslah dia bagi resipi ikut suka dia aje.. Macam ni resipi Omak..sambil-sambil tu Omak cakap..

"Tak payah buat banyak.. bukan ramai pun rumah kau tu!"

Cit.. Omak lupakah anak Omak ni pon bole tahan selera gergasinya.. Maka Omak pon beri resipi cara Omak..

"2 cawan tepung saja sudahhh! Banyak-banyak tak habis. Lepas tu ko letak telur sebiji aje, letak serbuk kunyit sikit, garam bla..bla..bla... sudahhh!!!"

Haish.. tak puas ati la tengok resipi Omak ni.. Sebab biasanya Omak akan tambah-tambah apa yang patut.. Maka saya pun google la resipi. Memang lebih kurang sama, tapi semuanya menggunakan tepung at least 450 gram.

Maka saya pun adjust la ikut suka saya.

3 cawan tepung gandum
2 cawan susu full cream
1 sudu besar susu pekat manis
secubit garam
secubit serbuk kunyit
2 biji telur gred A
air ditambah sedikit untuk mengelakkan ianya terlalu pekat.

Kesemua bahan saya blendkan aje.. dan masukkan ke dalam botol roti jala! (Google aje kat web mesti ada gambar)

Dan saya pun mula menebar dengan riang gembira!

Ala tomey-tomey

Setelah siap, terus aje dihidangkan bersama kuah kari ayam. Memang lazat tak hengat.. Apa yang saya maksudkan bahawa Omak saya salah ialah kuantiti tepung gandumnya... Mana bisa cucu-cucunya yang kaki makan termasuk anak dan menantunya yang selera gergasi ini cukup dengan hanya kuantiti 2 cawan tepung gandum? This is kenottttttt...

Jadi, dengan ini saya menegaskan bahawa anggaran tepung Omak kali ini adalah salah! Titik. 

Balik nanti nak tepon Omak cakap.. kakakkaka

Anyway tengkiyu Omak.. (cakap tengkiyu dengan pantas sebelum kena cop jadi anak derhaka) Kui3x

Sekian, gudbai!

Monday, March 4, 2013

Malang tiada bau!

Minggu lepas sebelum kejadian Adam dah jatuh basikal. Tapak tangannya sedikit terluka. Aku marah sungguh. Kataku dalam keadaan marah..

"Haa..main la lagi.. tak hati-hati..lepas ni tak tau plak la.."

Dan Adam hanya diam saja dengan muka tak puas hati. Geram aku dibuatnya. Abis baju kotor. Dua hari selepas kejadian, dia jatuh lagi. Kali ini jiran-jiran dikedai memanggil Papanya. 

"Suruh dia balik sendiri lah.." kata Papa.. geram haritu  belum habis sudah jatuh lagi.

Rupanya kali ini lebih teruk. Tidak boleh bergerak langsung. Mujur juga seorang jiran prihatin bawa Adam pulang ke rumah. Dan kitaorang pon terkejut tengok dia begitu kritikal dan nangis tanpa henti. Biasanya mana la si Adam ni nak nangis, dia kan hero Malaya... So off we went to KMC. Nak pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah takut lambat. Biasalah ramai orang, banyak karenah, nanti kita pon tension. Mujur juga la ada insuran. Tak perlu nak pening kepala. 

Sampai di KMC. Naik wheelchair dan terus dirawat. Dari jam 7 diperiksa dan boleh didengari jeritan kesakitannya dan doktor suspek mesti patah. Tengok bengkak sudah tahu. Terus aje masuk bilik X-Ray. Menjerit lagi masa nak di X-Ray. Result dia.. hmm. patah lah. Satu patah, satu lagi crack. 

 Jadi inilah hasil X-Ray. Dekat ngan wrist, satu patah, satu lagi crack. Huhu. Time tengok ni, luluh hatiku tak tau nak citer. Sedangkan kalau dahi berjahit dulu pon kita sudah rasa sedih. Inikan pulak dah patah. Dalam kotak fikiran dok fikir. Abeslah dia tak boleh main bola, main basikal, main tennis. Baru saja Papa dia belikan raket tennis, jadi kena KIV dulu la. Sedih ok. Huhu

Doktor kat situ pun tidak berani nak buat anything cuma katanya kita tunggu pakar saja. Dalam jam 9 kot, pakar pon datang. Very friendly and always smiling at us. Cara bersembang dengan kita pon tidaklah buat jiwa kita kacau mungkin itu cara doktor nak  bagi release stress. Doktor pakar tu just kata.. esok kena operate dan bubuh besi. Akan recover within 3 months and next year baru boleh keluarkan besi tu. Adoi.. luluh lagi hatiku.. 

Ini gambar Adam waiting for the specialist to come. 

Dalam dok termenung, terfikir plak.. macam mana pula nak jaga waktu malam. Nasib la Papa willing to stay at the hospital. Lagipun si Hyder dok breastfeeding lagi. Leceh pulak bawak babies. Kalau tinggal ngan Papa pon mana la sama. Jenuh nak suap apa kat si Hyder ni. Masa ni kak ipar aku dah tiba. Dia bawa pulang si Naufal dan Salman ke rumah untuk makan-makan. Maklumle..since Maghrib tak makan apa pun. Lapar sungguh! Harap roti dengan air saja. Kayalah mesin air dekat situ. Hehe. TQ Long Bah and family. Then, ibu mertuaku pun datang bersama adik iparku Hakam. Emosi sungguh Pak Tam  bila dengar Adam nangis dalam bilik. Hehe. Sabo ye Pak Tam. Mama dia pon emo ok. Tak lama kemudian, kak iparku seorang lagi, Kak Teh datang dan menjaga Hyder seketika. Lega la aku tatkala itu sebab lenguh dah dukung si Hyder ni. Hehe. Dalam pada tu, kami meminta tolong pada MIL dan juga kak iparku untuk menemankan Adam seketika sementara kami pulang dan ambil barang keperluan lain untuk duduk bermalam dihospital. Time tu jugalah anak sedara aku yang dua orang ni, Cikin dan Adi datang bawa kanak-kanak riang tadi ke hospital kembali. Dalam jam 11 barulah Adam dapat check-in ke biliknye dan around 12 semua orang pulang.

Esok pagi, lepas dah kemas itu dan ini yang mana sempat, terus berangkat ke KMC kembali. Masa Papa mai tu, Adam dok dalam operation theater. Lama juga la dia dok dalam tu. Kiranya kami sempat la dok beli food dan buat aktiviti lain yang sewaktu dengannya. 

Keluar dari bilik operate tu, tidur aje si Adam for several hours. Sampaikan nenek datang pun dia tak perasan dan Pak Ndak Mu'ti datang pun dia tak tau. Bangun saja terus bertanyakan Aliff dan Pak Ndaknya. Bila dikhabarkan sudah pulang... terus dia tidur balik. 

Yang ni baru aje habis operate.

Ni hasil dari operate. Sudah diletakkan besi pendakap tulang. Macam transformer suda.. berbesi bagai.

Nenek tiba jam 4.30 petang bersama Pak Shatnye. Kemain laju si Kechat bawak kereta. Sabo je la. Kui3x. Hatiku lega sedikit melihat kehadiran orang jauh ni. Benarlah kata orang.. kalau kita tengah susah.. time tu orang terdekat kalau datang, memang kita happy. Tengkiyu Kechat sebab sudi bawak Omak. Hehe

Lewat petang, MILku datang kembali  bersama kak ipar dan adik ipar serta anak-anak sedara kecik konet dan besor belaka. Hehehe. Time ni meriah la bilik tu. Yang bawak  biskut, yang bawak KFC dan macam-macam lagi kami ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tak tau nak habaq camna. Terharu sungguh kami tak terkata.

Adam busy reading magazine. Cover line malu la kot ramai sangat orang tengok dia.. Kikiki

 Lewat petang lagi meriah!

 Masa nurse dok cek itu dan ini, these boys yang super teruja asek tanya macam-macam kat nurse. Jenuh jawab! Kui3x

Hari ketiga di KMC, rakan-rakan roommate pula yang berkunjung dengan membawa air kotak, biskut, air jampi dan macam-macam la. Kekeke. Si pesakit bukan saja kenyang, malahan adik beradik si pesakit pun tumpang sekaki. Kui3x. Thank a lot kengkawan <3 .="" p="">

Hari keempat di KMC barulah dibenarkan keluar. Memandangkan hari tu hari Jumaat, maka lepas Jumaat la baru boleh discharge. Adam diberi cuti selama seminggu dan hari Jumaat ni kena datang balik untuk rawatan susulan.
 Muka happy dah boleh balik rumah. Hehehe

Apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan hero Malayaku baik jauh dan dekat. Terima kasih jugak yang sudi menjenguk Adam masa di hospital. Yang tak dapat hadir pun takpe, kita tak kecik ati. Janji doa itu yang penting. 

To all family and friends.. you guys are the best. :D

Saturday, February 2, 2013

Happy Birthday Hyder -- my number 4!

 Pejam celik pejam celik dah setahun dah si Hyder ni. Syukur, Alhamdullillah di atas kurniaanMu ini ya Allah. Memang betul kata orang, walaupun bila dapat tahu masa scan ni anak lelaki juga, opkoz terkilan sedikit, tapi bila dah dapat..amboi sayang tak hengatttt.. Bila dok kat tempat keje asek teringat aje kat si kecik ni. Keletah dia semuanya mencuit hati.. Hehe

Ini gambar Hyder sejurus sahaja dilahirkan. Sangat la gedebabbbb!!!

 Ini pula masa bawa pulang kerumah..

Nampak gaya macam putih gebu.. tapi tak berapa putih selepas beberapa hari.. kuikuikui.. 


 Yang ini masih lagi dalam pantang.. tapi bawa juga pergi sekolah abang dia nak ambil abang-abang dia balik sekolah. Takde drebar.. kena la bawak sendiri kann..

 Bukan main besor mata eh..

 Yang ini tak ingat umur berapa bulan.. hehe.. sudah pandai ikut Papa pergi TTS jugak.. ngehngehngeh


Time ni sudah cekap bertatih sikit-sikit.. Pakai spek mato itam is a must.. tak pandai nak buang lagi..sekarang ni sudah tidak berminat untuk pakai. Everytime kita pakaikan spek..dia akan buang.. kui3x

Actually ada berlambak gambar-gambar dia.. tapi tak larat plak nak upload.. Anyway kat bawah ni  la gambar the latest beliau...

 Happy birthday Hyder Qays Safaraz, semoga panjang umur, murah rezki, menjadi anak yang soleh dan sentiasa menenangkan hati orang-orang di keliling Hyder.. Mama loves you so much sayang..

Happy First Birthday! :)

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails