Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Bila Bersih buat orang E.M.O!

Seperti biasa, bila ada BERSIH, kompem la ada benda yang tak baik berlaku eventhough matlamat BERSIH sebenarnya bukan begitu. Bagi aku, mampuih pi la hangpa nak berhimpun ke apa, tapi jangan lupa dalam ramai-ramai tu mesti yang nak buat taik kat hangpa. Tu aku tak baper berkenan sangat dengan beberapa malaun yang bajet macam BERSIH tapi spesis ni la yang dok bagi terpalit taik-taik mereka. Dan aku pon tak baper syok la kalau berhimpun ramai-ramai gitu, dah la panas, cair mekap kang.. kakakak

Dan seperti biasa juga abang-abang polis mesti emo dan sentap bila kena maki hamun pree aje oleh rakyat jelata.  Biasalah tu, dah nama manusia, tak boleh nak expect everyone to like you and you too cannot please everyone. Kerja berurusan dengan manusia ni memang payah OK.Tengok aje la profesion yang melibatkan dengan manusia.. contoh : Cikgu, Nurse, Doktor, Polis....Grup ni memang selalu kena hantam dengan masyarakat okeh.. Cikgu tak reti ngajo la, Nurse tak prihatin la, Doktot kayu bagi salah ubat la, Polis Kijam cam Zionis lah..  Tak payah nak nafikan lar.. Sebab manusia ni bukan semua sama.. bukan semua ikut arahan bila kau cakap.. 

"OK Protesters, plis duduk dan bantah sajok, jangan nak main lari-lari.."

Tetiba malaun sekoq ni jadi cam kera kena belacan, terus lari cari pasal, baling botol air mineral...

Bila polis nak tangkap orang, orang mau lari, bila ligan, kena maki, bila kena maki, polis emo terus bantai, time tengah bantai tetiba orang amek video.. hanam terus orang dok sebar dalam pesbuk and youtube.. Terus kena maki secara berjemaah oleh penonton kat rumah.. Ini kesian.. Pakat emo belaka..

Jadi kat sini aku bagi tips macam mana tak mau emo dengan kawan-kawan sampai tahap nak Unfriend, Block dan sebagainya.. Sebab memang sedih la kan,..kawan dah bertahun-tahun, boleh terputus kerana EMO disebabkan sesuatu perkara yang bagi aku itu hak masing-masing nak sokong ke dak.. Apsal ko nak EMO? 

Jadi macam ni caranya ye..

Kalau dekat news feed kita, setiap kawan kita dalam list akan ada satu kotak kecik di sebelah kanan, korang klik kotak itew dan ikut arahan dibawah..boleh pilih ye

1. Kalau tamo baca citer sakit ati, korang je klik HIDE STORY

2. Kalau meluat kat kawan korang tahap gaban sebab suka benor nak nyokong menda yang korang tak sokong tu maka korang klik la UNSUBSCRIBE. Jadi segala citer pasal dia, updates, story mory suma tu takkan appear dalam news feed korang.

3. Kalau korang rasa ramai sangat sahabat-handai korang yang tidak menepati citarasa korang dan suka komen menyakitkan hati, aloh, ada caranye, korang create satu list aje camni.. pegi kat wall kawan korang tu, lepas tu klik dekat friends tu kan, ada list kat situ.. Close Friends, Acquaintance, Restricted.. korang klik "+ New List" letak la tajuk apa pon.. Cth: Annoying Peeps, Geng Tak Sebulu, Geng Bulu Takdak.. haa..contoh la..contoh.. kakakak. Lepas tu, dah ada nama list tu kan.. korang campak je la friends korang yang korang rasa tidak menepati citarasa itu. So, bila aje korang nak post something yang korang rasa akan dapat feedback negative dari geng-geng takdak bulu sama ngan korang ni, maka korang boleh setting aje dengan mudah bila kita nak update status ke apa ke.. FAHAM?

4. Kalau ada manusia yang masih lagi tak paham erti demokrasi, asek nak hentam korang aje walaupon korang takde nye nak pi kacau mereka.. ye.. kita masih lagi boleh friend tanpa blocking mereka.. Letakkan aje dalam grup RESTRICTED! Kakakak.. Jadi geng-geng ni hanya boleh tengok wall korang dengan cara paling minimum sajok. Ce try dengan kawan-kawan..

5. Dan paling akhir sekali jalan yang tak boleh nak buat apa dah.. Dah RESTRICTED depa mai kacau plak kat inbox.. maka say goodbye lar kat manusia tak reti bahasa ni.. akakkak (Haiyaa..tadi kata tamo block..akkaka). Hat ni sesuai untuk spesis yang tak reti nak bersosial okeh. 

Ok.. Ada faham, jadi dengan tips ini, maka korang pun takde lah nak emo sangat kan. Dan dah tentulah kurang sikit dosa korang nak maki balik orang yang korang tak suka tu. Kita kena ingat bila emo, dah tentulah syaitan dok belakang korang menyala-nyalakan api kemarahan membuak-buak. Jadi dah tentu lah statement sengal mesti kuar kan. Maki orang tak tau hala, dok bajet cam baguih padahal tak baguih mana pun.. Kuikuikui. Jadi bila kita buat antara step-step tadi tu, maka keinginan untuk EMO pun akan menurun. Kekeke..

Amacam? Berguna tak ini info? Bukan apa... so sad to see besties jadi enemies in just a blink of an eye. Bagi aku, ikut suka depa la nak suka hat mana pun.. Dah kata demokrasi.. Apada.. ingat demokrasi terpimpin kah? Macam citer P.Ramlee? Kuikuikui..

Apapun, dok sembang Bersih pulun sangat pun tak guna kalau time election korang dok rumah pehtu kunyah kuaci hepi-hepi sambil-sambil tengok TV. Pehtu kalau kalah terus tak puas hati.. Poooodahh... Jadi, dah penat memBERSIH sampai luka-lebam-pitam-pisan-hanam suma ada, sila lah ngundi ye. Mari kita lihat siapa yang kena.. Kakkakakka

Demo tu demo la.. semayang jangan lupa ok!




Monday, March 8, 2010

Apabila orang glamer datang!

At first, hanya tiga puluh orang aje nak datang rumah mak aku. So, mak aku pun plan la masak untuk 30 orang saja. Then, tetiba bertukarrrrr!!!! Ramai la pulak. Sampai poning kepala mak den.. cian mak den. Maklumle, orang glamer --kalah Pejal Tahir i all tau.. kakkakaka.. A few days before the big day, I asked my mom about the preparation. My mom said..

"Alaa.. dia mai kejap aje.. lepas tu kena pegi tempat lain"
"Sapa masak mak?"
"Mak masak nasi aje, yang lain orang bawak.."
"Oh...ok la tu.. kalau tak jenuh nak masak mak oi.. bukan ada orang nak tolong.. kitaorang tak balik ni. Tunggu cuti baru balik. Apsal dia tak datang next week kan senang.. "
"Mana le nak kena jadual dia.."

Hari yang ditunggu-tunggu tiba. Apek call aku..
"Weh.. kesian Sarina, penat dia.. dah la perut bsor.. dok tolong mak..."
"Takkan dia je kot.."
"Oh.. ada la.. Kak Sarah ngan Abang Hashim.."
"Nasib baik dwang ada..."

Bila tiba waktu malam. I decided not to call Mak. Mesti bz malam tu.. cian mak den.. Cian kak ipo den. Kak ipo aku ni memang terbaekkkk.. bab keje laju aje..kitaorang pon tak bleh nak keep up ngan dia.. TQ Kak Ina :)


Sebahagian umat manusia yang hadir...
Kalau dah glamer tu kan.. tak bleh nak kaber line dahhh...

Hajat di hati kawan Babah aku ni nak melawat le orang yang masih hidup.. sebab masa Babah aku meninggal dia tak dapat datang.. ada kat obersi. Jadi, hari Jumaat hari tu genap le 100 hari pemergian Babah. So, dia pun datang le... maklumle.. menjadi sahabat pada Babah aku dah lebih 40 tahun dah weh.. Lama tu.. even sebelum dia join politik, dia dah selalu datang rumah aku. Bila dah join Ameno, dia dah kureng datang.. orang sibuk.. then bila dah kena tendang, suma orang Ameno melarikan diri.. biasala politik.. time kita kat atas... orang yang dok jilat dan kipas kita punya la berderet! Silap2 leh terlupa sahabat2 lama.. Tapi bila dah terpelanting.. haaa.. sapa nak jawab tu.. baru le kenal sapa kawan sapa lawan.. kan kan kan..


Ni kat porch rumah mak den. Huhu.. yang belakang tu mai la duduk depan.. haiyooo..


Boleh polak korang duduk kat tengah2 jalan tu.. bahaya cik oittt.. SB pun berkeliaran masa ni.. macam toott aje.. aku anti SB..sebab dulu masa orang glamer ni kena kick dari Ameno, rumah aku pun jadi sasaran SB. Macam celaka aje.. soal selidik macam kan hampeh. Abes keta aku ngan kete adik badik aku dewang ikut.. kureng belacan nye SB. I tak sukak tau u all ikut2 I. I ni memang le comey.. nak kenalan sakap aje la.. ni main ikut2 lak.. huishh...


Maka tiba lah beliau. Kenalkah korang? Ala.. yang glamer tu.. yang korang dok jaja citer tu kan. Macam tak besa lak korang ni dok jaja citer hat tak elok tu la.. So, korang caya la kan citer2 hampeh tu. Walau banyak mana pon korang sakap..korang percaya.. sori aku nak caya sebab kitaorang kenal dah pokcik ni sejak zaman aku kenit2 lagi. Hampeh la korang yang bawak citer itu...


Sebelum berucap kot. Beliau duduk di atas kerusi kegemaran Babah aku (T_T). My dad loved this chair so much.


Pokcik menyampaikan ucapan.. Antara ucapan beliau..(menurut kata-kata mak den la)
"Selama lebih 40 tahun saya berkawan dengan arwah, tidak pernah sekali pun arwah meminta apa-apa projek dari saya... " Then, beliau terdiam.. sedey maybe.. (T_T) Aku sedey jua..
Kalau le Babah aku mintak projek dari beliau masa beliau dalam AmeNO.. mesti aku jadi anak jutawan..kurang-kurang bawak Merc..kakakak.. tapi.. tamo tamo.. sat g mati payah lak.. huhu.. bahaya..bahaya..


Kelaparan sungguh pokcik ni bila mamam.. Maklum le, just got back from Indonesia, then rushed to my mom's house. Dah tentu la capek..tak gitu? Huhuhu..
Kat belakang, from left, Hjh Zainon, my little brother AMK KeADILan, my not so little brother gak kakakak, My Mak (T_T)

Anyway, mak sakap, lama juga la dia duduk di situ. Plan nak makan aje, tengok2 nahhh.. permintaan ramai pula.. huhu.. kena la layan peminat kan.. Kuikuikui..Thanks for coming to my mom's house. We really appreciate that! And I guess my Dad pon happy kalau dia tau. Huhu.. (Orang dah takde mana boleh tau la Syah oit..sengal la lu (T_T))

Oh ye, beliau yang saya maksudkan adalah Dato' Sri Anwar Ibrahim. Pengerusi Parti KeADILan Nasional.. hehe.. Lawan tetap LAWAN!!!!

Sekian saja berita hari ni.

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails