Friday, November 27, 2015

Cerita pasal JK1M - Jom Kurus 1 Malaysia with Kevin Zahri dan kesan-kesannya. (nada serius)

Bismillahirrahmannirrahim
Januari 2014

Tetiba aje teringin nak join program Jom Kurus 1 Malaysia. Sebab nampak macam exciting and thrill. Tak perlu suntikan dan supplement yang merisaukan.. Cuma kita perlu penat aje. Moving your body like mad kakakkaa...

Masa nak join tu memang rasa takut. Boleh ke nak join ni. Boleh ke bagi komitmen. Nak-nak bila kita memegang kelas peperiksaan. Training pula setiap Sabtu. Maka kawtim la siap-siap dengan kawan2 ubah jadual waktu kelas agar tidak ketinggalan. Ye la. Dah bayar takkan nak ponteng gitu. Kakakka.. 

Maka join la dengan jayanya. Bila dah join. Ada perubahan, ada kesedaran dan ada motivasi especially bila workout beramai-ramai. Bincang cara pemakanan dalam group Whatsapp. Bincang what to do and what not to do semasa dalam program yang berlangsung selama 6 minggu. 

Selepas Season 1 berakhir. Join pula Season 2. Lepas Season 2, join pula program Let's Get Fit dengan the same coach supaya rutin tidak terlupa dan terlalai. Bila dah biasa, kita pun dah jadi macam syok aje sebab sudah reti kira kalori, sudah reti nak workout macam mana dan reti macam mana nak burn apa yang kita bedal. 

Join ni bukan kerana nak turun berat badan semata-mata. Tapi memandangkan keturunan kami ni banyak sangat penyakit yang boleh dihadapi sekiranya tidak berhati-hati dijalanraya. Maka keputusan ini terus diambil. So starting from January dengan berberatkan (akakkaa) 65kg. Pada Julai 2014 after 3 programs... berjaya mendapat 53kg. Ye, bukan mudah ye nak turun berat badan. Ada masa berat tu akan plateau. Time tu kita akan rasa very stressful. Perempuan pulak banyak storynya. Bila time nak datang bulan. Kebarangkalian berat akan naik itu sangat tinggi. Dengan nafsu makan yang membuak-buak. Hahaha.. Maka journey to kurus ni bukan ko jaga makan dan exercise, ko akan turun mencanak-canak. Ada masa naik juga ok. Jadi kuncinya disini ialah sabar. Tu pasal kena berworkout berjemaah. Bila kita down, jemaah akan memberi motivasi dan kita akan OK balik. InsyaAllah.

Usai Season 1. Kitaorang, geng yang tak pernah join apa jua bentuk marathon, saja-sajalah join. Tak sangka berjaya menamatkan larian sejauh 9km, Hap haaappp macam nak pitam. Berjaya duduk dalam kelompok 20. Alhamdullilah.

Pada bulan Ogos, cuba masuk pula marathon Malam Merdeka. Time tu memang syok tak sangga la sebab meriah bangat. Dan tak disangka-sangka. Dapat pula duduk dalam kelompok 5 terlaju. Alhamdullilah. Dapat bawak balik air isotonik saiz gabak. Bagilah hadiah syok sikit macam hamper buah ke.. baru le healthy. Ye dok.. kakakka

Selepas itu, entah macam mana (boleh lagi guna ayat entah macam mana ahhaha). Tiba-tiba teringat. Eh eh.. lama sungguh bulan tidak datang menjengah. Nahaiii.. ada sesuatu rupanya. Maka.. season 3, season 4 tak bolehlah nak join sebab dah jadi Mak Buyung kembali. Ho yeah ho yeah... 

Alhamdullilah rezeki Allah nak bagi. Dapat pula baby girl buat sekian kalinya setelah mendapat 4 putera yang boleh tahan dia punya mental challenge kikiki. Begitulah ceritanya tentang JK1M dan kesan-kesannya selepas kita join program ni.

So, this year 2015. Join pula untuk Season 5. Alhamdullilah. dari berat 65 dah tinggal 61. Banyak lagi nak kena turun. Ye la... baru satu season cheq.. dulu tiga program hakak join baru buleh... ni kena join banyak lagi la.

Lepas aje Season 5, mujoq ada program Underground Fitness Club. Sedang berlangsung la ni sampaiiiiiii laaa bulan December. Semoga ada perubahan walaupon macam sedap makanan dewasa ini. Kakakaa.. 
With sifu Kevin Zahri #kevinzahri

Ini la the only girl in the house. #botakgirl

And her name is #ErynaXayra

Sekian,
Mama Gojes

3 comments:

Unknown said...

Wahaha...
Sin0psis ni

Unknown said...

Wahaha...
Sin0psis ni

Luqman Zakaria said...

wah..bestnye..tapi macam segan nak join..huhu

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails