Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Activities kat Melaka.

Well.. well.. tak banyak pun activites yang berlangsung kali ni. Sebabnya the main reason was only to meet Omak got back from Omrah. (banyak punye O kan..akkaka) Unplanned and of course bila unplanned your RM will go like.... deng!

Since Incik Hubby was a bit boring during his stay in Melaka.. (yeah..typical him..) so we went to Pahlawan Mall.. sebelum tu, pi Tesco and Aeon.. amek ko.. kita jalan sampai pisan..akakkaka.

Jenjalan here and met with Arpek and the gang. Gambo bawah tu menunjukkan sompek lagi nak cari Wifi free kat sini. Ceh.. Kot-kot la boleh haplod gambo kat pesbuk.. tapi hampagas.. Lupakan aje.. Huhuh.

That very night, after two groups of families berangkat, we had our party liar..kakaka. Ya lor.. the cake was so small and the price was so big.. Ceh.. seb bek pree.. kakakak

The cake was superlicious I might say.. sedap gilakkkk!!!! Leh tak nak lagi? Kakakaka

Ok, this party liar still mengikut syariat yang ditetapkan okeh. Kakakka. Sambutan birthday secara berjemaah di antara Arpek and her kids including her anak angkat, Salman.. akkakaka.. Menumpang sekaki nampaknye.

Vavava.. Incik Saman ada dua birthday party setahun? Ini betul betul liar! Kuikuikui

Ok, getting ready to go back to Kedah.. Haish!

Monday, May 2, 2011

Kenduri Lagi Daaa...

Sebelum baca perenggan berikut, I nak habaq siap2.. sebenarnya posting ni dah siap dah.. tapi oleh kerana tertido masa menaip, maka terlupa nak publish..akkakaka.. the next day masa nak publish, tetiba tak bleh nak online, ghupenye kabel taman kitaorang kena rampok..sungguh hampeh.. sekian, biter pendek.. Teruskan membaca..kekekek

It's Labour Day. So, entah macam mana tiba-tiba teringin nak balik Melaka. Dan lebih special lagi, Omak den nak poie umrah. Hehe. Syoknye kalau boleh join, tapi apakan daya -- kocek tak cukup tebal. Huhuhu.. Maka sesi kelui-mengelui pun berlaku. Pada awalnya, Singaporean cannot make it. Ye la.. dah nak pegi sana of course la kena sedia macam-macam. Tapi akhirnya berjaya juga menghadirkan diri. Orang paling last of coz la cik Along.. kekeke.. Nasib baik dia pun turn up walaupun time tu kitaorang dah balik rumah masing-masing. Maklumle, asik bz aje beliau nih. Ngehngehngeh. Dah alang-alang berkumpul tu, maka kenduri pun dibuat. Uda dengan bonestick beliau, Alang dengan Lopez DeSquera nya dan gue dengan Mee Kari..akkakaka..

Angah teringin nak buat barbeque ayam kampung. Tapi tak kesampaian sebab takde orang nak kesahkan ayam-ayam dia tu. Kuikuikui. Kitaorang just sakap -- KIV raya je la. Senang citer.. kekee.. Jadi untuk memendekkan cerita, sebab migrain pun tak abes lagi, maka aku shortformkan cerita menjadi satu. Kang ada yang muntah ijo kang..akkakaka..

So, mari berkenalan dengan barisan orang dapur yang berpeluh ketiak untuk menyiapkan menu masing-masing..akkaka

Haa..nampak..ce teka ce teka tangan sapa..kekeke. Itu orang lelaki tugas mereka membalancekan peti ais baru Omak yang tak baper balance..akkaka.. heran gak.. tengok cam senget semacam.. Nak suruh Cik Par, dia tak sihat..cian lak..kang terkuar buasir lak kang..kuikuikui..maka orang yang sihat-sihat le kena tolak dan angkat itu peti ais.

Sesi masak-memasak bermula seawal jam 8 pagi. Actually more to menyiang and making breakfast la dei. Tara breakfast how come ada energy to do this and that. Lepas tu pulak, sambil-sambil buat breakfast, makan, prepare for kenduri, kena la kemas ngemas rumah. Omak pesan macam gini..

"Jap gi Mak kuar ngan Haq ke pasar besau, korang duduk rumah dan kemas apa yang patut, sediakan suma bahan nak masak!"

Ai ai chip!!!

Dalam pukul 11, Uda sampai dari Kota Singa, jejak kasihan pun berlaku. Sambil-sambil tu membuka gerai jualan dengan penuh perasaan..akkakaka.. sempat lagi tu.. oh..bukan Uda yang bukak gerai jualan.. tuan punye blog ni la..akkaka

Nah, antara bahan yang telah dikorbankan untuk program makan-makan.

Lepas Omak balik dari Pasar, Omak terus bercerita tentang barang-barang dan orang-orang yang Omak jumpa kat Pasar. Sempat lagi menjemput orang datang kenduri. Kekeke..

Sambil-sambil tu operasi memasak Bonestick pun bermula. Yang ini kena la mula awal sebab nak kena bagi daging tu empuk betul.

Inilah cara-caranye ye tuan-tuan dan puan-puan..

Lebih kurang pukul 2 petang si Alang pun sampai bersama kroninya. Pergh.. jem giler kata beliau.. Hoh.Nasib baik tak terima job mengerjakan ayam si Angah..kalau tak masak.. kakitangan takde.. kalau tak paham jugak tak tau la aku...

Lepas aje lunch, terus bersiap sedia untuk acara bacaan Yassin dan doa selamat. Sambil-sambil tu menyusun makanan dan pinggan mangkuk. Oleh kerana kakitangan yang kureng, nak-nak Incik Ikram takde pula.. maklumle sejak tukang basuh pinggan yang efisin dah pindah ke UK, takde orang nak basuh pinggan tahap gaban dah..hua hua hua.. maka, kitaorang bercadang untuk menggunakan pinggan polisterin je la. Memanglah membahayakan alam sekitar, tapi what to do.. PM pun buat open house pakai polisterin aje.. akkakaka

Yang ini pula senarai makanan yang merembes dan bisa kasi lelehan air liur tahap Niagara Falls bila kita tengok gambar ni kembali..kekkeke. Leh makan sampai Isya' bak kata Memel. Kuikuikui..

Masa makan. Penuh perasaan orang kerumun meja. Tuan rumah pun pulun sama. Maklumle dok bizi melayan tamu.. perut kosong jugak lor..akkakaka.. Toji begitu pulun bersama Memel nampaknye.. Laling gue kelihatan dalam beberapa kotak. Nampak sangat beliau lapar..kakakak

Lepas makan adalah acara merelaxkan perut yang dah sedia boroi. Sumbat makanan tak hengat donia.. huhu

Ni antara tetamu cilik yang hadir. Cumil dak Marsya ni. First time jumpa dia life. Sama gak ngan dak Firash.. kuikuikui.. asek nganga aje..lalat masuk baru tau..akkakak

Acara makan-makan lepas Maghrib. Sebenarnya banyak lagi sambungan lepas tu. Kakakak.. Tapi tak dan nak amek gambar sebab keletihan tahap Gaban.

Malam tu we all layan citer Hikayat Merong Mahawangsa kat Asterok First, then layan dua movie hantu.. kakakka.. titon kol 3 pagi. Pukul 11 pagi tu berangkat pulang ke Kedah.. vavavava..

Sekian, entry agak panjang untuk kali ni. Malam nanti I sambung lagi noh.. Letak bakul hijau kat tepi siap2..kuikuikui



Saturday, January 1, 2011

Cerita Balik Melaka: Aktiviti di masa lapang

Masa kat Melaka, tak banyak pun aktiviti yang kitaorang buat. Sebab most of the time memastikan rumah Omak clean dan mantop sebab time Omak dok lepak kat Kedah, rumah Omak jadi macam padang jarak padang tekukur. Kesian.. mari kita salahkan Cik Par secara berjemaah..akkakkaka

Antara aktiviti best yang kitaorang buat ialah bermain dengan arnab T_T. Kuikuikui


Ini merupakan latest addition to Renab's Family at Omak's house. Cumil. The best part, Cik Par tak tau pon menatang ni ada sebab mak dia lahirkan dia dalam lubang. Ada 6 beradik. Dapat detect masa hujan lebat, depa keluar secara berjemaah dari lubang..takut banjir lah tu. Kakakak

Most of the renab ada penyakit kulit...kita panggil sebagai kurap. Kalau tengok hidung Hannah Montana cukup kesian, sampai takde bulu. So, kalau nak detect renab korang tu sihat ke tak, pi pegang telinga dia. Kalau ada bijik-bijik tu tandanya nak kena kurap la tu. So, sila bawa ke Klinik Kesihatan. Nak jimat lagi, bawa pergi ke Klinik Haiwan Kerajaan, sebab untuk 4 ekor renab yang kitaorang bawak, cuma RM15 compared to Klinik Haiwan swasta yang mengenakan antara RM 20-40 pada setiap haiwan yang disuntik dan dirawat. So, pegi aje kat gomen. Jimat. Dan menurut Cik Par, bulu dah mula keluar dan renab-renab yang ada infection tu dah bertambah sihat. Alhamdullilah...


Kat Klinik Veterinar di Ayer Keroh Melaka. RM 15 untuk 4 ekor renab. Perkara pertama yang akan mereka lakukan ialah menimbang renab atas penimbang..sungguh comel. Nak amek gambo takut kena marah...so amek gambo curi je la..akkakak

Aktiviti yang seterusnya ialah... ialah.. ya benar.. aktiviti menghabiskan uwang..akkakak


We shop till we drop! Kuikuikui


Cik Alang sampai Melaka petang, malam terus shopping. Tegar lo!


We are shopaholic! Kakakaka... Kat depan tu ialah snowman yang tertinggi di Malaysia dengan menggunakan botol plastik mineral. Go Green!!!

Aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti makan kenduri. Masa kenduri kat KL tu aku tak dapat ikut last menet sebab nak menjaga hati orang yang suka sangat sentap. Tapi in the end dia pulak pergi dan balik dari KL main sindir-sindir lak. Ye la... dah pi lama sangat, sampai we all tak boleh nak pegi mana. Sedap je molot sakap cenggini..sapa suruh tak ikut.. mmg... Wow Tak Faham sungguh dibueknya.. akkakaka.

Masa Saturday ke Sunday ntah, my SIL punya little brother kawin. So, dapat la pegi makang-makang kat rumah dia. Sungguh besh. Ala kampungnye masakan yang sungguh ngetop. Paling sukak dia punya daging panggang and oso eskrem pree..kakakak


Perut kenyang suka ati.. From left: Alang, Uda, Kyle, Me, Darwisy, Kechat, Fayadh and Omak

Habis aje kenduri terus singgah Makam Tun Teja sebab dari kecil sampai besar tak pernah sampai sini walaupun duduk Melaka T_T. Sadisss..


Alfatihah to Tun Teja...

Dan seperti biasa bila berkumpul ramai-ramai, banyak la lagi aktiviti yang kitaorang buat. Bermain game ni, memang menguji ketahanan badan dan ketajaman akal fikiran.


Mula-mula kanak-kanak main.


Tengok kanak-kanak bermain, orang tua pulak teruja. Layann.. dan aku terkeluar di awal pusingan T_T. Sadis jua..hua hua hua

On Monday, dah balik Kedah. Actually, lepas aku balik Kedah, lagi macam-macam aktiviti masyarakat yang tinggal ni buat. Antaranya pi main bowling, main bow and arrow dan snooker. Mencik aku. Asal aku balik aje korang buat aktiviti tambahan, asal korang buat aktiviti tambahan aje aku balik.. Mencik aku.. Huwaaaaaaaaaaaa..... Jeles I.

Sekian, entry dabis.. malas nak sambung sebab dengkis..akkakak

Kredit gambar: Cik Yana dan juga kamera henpon sndiri..akkaka

Friday, December 31, 2010

Cerita Balik Melaka : Salut Kusyen di Akhbar Auto Cushion


Boleh contact mereka dan tanya dengan nada manja di nombor tertera..kakakak


Sarung kusyen keretaku memang tak boleh blah dah. Kena letakkan macam mattress kecil kat seat belakang nak cover kehodohan seat kat belakang. Tapi itu tempat duduk, tempat sandar tu memang tak boleh nak cover. Sungguh memalukan kalau orang nak tumpang, dan Omak as usual jadi penceramah bebas kalau tengok seat kereta aku. Maklumla kanak-kanak riang yang kurang berdisiplin semasa di dalam kereta. Aku tabik kalau ada parents yang mengharamkan sebarang jenis pemakanan semasa kenderaan sedang berjalan dan aku sungguh fail bab itu.. Huhuhu.. jadi takde harapan nak jadi Ibu Mithali dalam masa terdekat nih..kuikuikui.

Oleh sebab dah kepam sangat seat kereta ni, maka timbullah cita-cita yang sebenarnya diterbitkan oleh Omak setelah kak iparku memakaikan baju baru pada seat Exora beliau. Oh.. nasib baek kak iparku punya abang ipar.. eh..faham tak.. my SIL punya BIL.. means that kakak kepada kakak ipar punya suami.. faham? Oh..tak faham..takpe la.. buat-buat faham je la.. So, balik pada cerita asal, my SIL punya BIL ada bukak kedai sarung kusyen kereta. So, bila menggunakan kabel yang sedia ada, ada harapan la nak dapat murah..kakkaka..

Selain daripada kusyen kereta, kedai ni turut menyediakan perkhidmatan membaiki sofa kat rumah... So, leh la tempah mana-mana yang patut. Kalau tengok korangnye set jati dah sadis sangat, leh anto kat kedai ni, nanti dia akan repair dan beri the best price ever. Jangan lupa sakap korang dapat tau kedai ni kat blog aku okeh..kakakak..leh aku mintak komisen bantal peluk sebijik...kakakakak


Nahhh..pilih aja deh..

So, kat sini ada disediakan katalog untuk korang pilih corak atau kaler yang korang mau. Just choose and they will tell you the price. Aku amek hat paling biasa..kehkehkeh.. Namun, aku suntik sedikit kelainan (macamlah lain sangat.. ko tu memang dah outdated..akkakak)


Aku pilih kaler itam benang merah.. sport la kunun....kehkehkeh.. janji ada..kete ko ada benang merah? Kahkahkah.. gelak riak... kakakkak

Early in the morning, dah terpacak depan kedai. Tokey baru bukak pintu depan, tapi tiada orang nampaknye. Pergh..berkobar-kobar den.


Ni kedai dia, in front of Hospital Besar Melaka.


Kereta hendaklah diparkir dibelakang kedai...


Sudah kusam seat keretaku ini...kesiannn...

Pagi tu aku tinggalkan aje kereta kat kedai. Terus balik rumah dan pergi KL untuk misi menyelamatkan si Tiny. Ada ke patut si Arrpek tertinggal renab dia sekor kat KL. Kijam-kijam.. tapi amek jugak kesempatan berjimba-jimba kat Ikea sambil makan Kok Kak..kakakka

Petang tu tengok nahh..sudah siap. The next day bawak kereta pergi basuh sambil mengenakan asap Nano Mist di Tesco. Owh..lupa nak amek gambar banyak-banyak kat kedai kereta sebab masa tu bawa rakyat jelata yang super ramai dan tak sempat la nak bercamwhoring..kesiannn..


Balik dari Tesco dalam operasi membasuh kereta... cumil kan.. ooohhh..sudah tembun rupanya wajahku... double chin kelihatan di situ T_T


Rasa macam esklusip lak bila bubuh PVC nih..nak boh kulit makan riban.. pergh..tak menahan..kakakak


This is what I meant.. benang merah..yeebaaa..cumil bangatttt!!! Perasan sendiri adalah lebih baik..kakakak

Posting akan disambung lagi malam karang..sekarang ni nak pergi jimba-jimba di Penang mencari handbag...kakakaka.. nak bukak skolah ingat kanak-kanak aje ke boleh beg baru..aku pun nak beg baru.. Laling.. cepattt..JOMMMM!!! Nak handbag plisss!!!

Cerita Balik Melaka

Kalau balik Melaka mesti tak sempat nak update blog, sebabnya rumah mak aku takde wireless, so no use la kalau bawak pulang laptop bersama.. owh..sedey.. oleh itu, aku just snap pictures, so mana yang sempat dan teringat nak story apa-apa pun, aku belogkan aje bila sudah kembali ke tempat asal. Kehkehkeh..keciannn..

Kali ni balik Incik Hubby tak ikut pun sebab cuti dia dah hampir habis..hampir-hampir aje sadakallahulazimmmm... sungguh sadis. So, I have to drive the car on my own...huhu. Punya la jauh gilakkk.. tapi layankan aje. Memang la sentap sebab Incik Hubby tak bleh nak ikut, tapi kesian lak dah dia pun busy ngan keje dia... ke sebok ngan ehem ehem.. jengjengjeng..akkakaka

Nak kata awal sangat tu idok le kami bertolak, lebih kurang pukul 9 pagi juga la baru tayar bergolek. Masa lunch kot, sampai la ke Tapah dah Salman sibuk nak mamam donut. Adoi... jenuh tahan telinga dengar dia membebel nak donat tak abis-abis. So, only Tapah punya RnR yang ada kedai jual donut. Sambil-sambil tu, kitaorang rest and mamam merangkap lunch terus.


Me and Mum amek hat set.. Sandwich Croissant Tuna yang sungguh besh! Kiddies -- donut je lar.. dah asek nak donut aje kan..kakakak


Nopal yang dok tanya naper Papa tak follow. Stress nampaknye beliau..kuikuikui..kesiannn..

Drive punya drive mata dah tak boleh tahan, harus berhenti untuk bernap-nap gitu. Berhenti kat hentian mana ntah, terus amek bantal dan sleep. Omak plak tak sleep, sebab dok perati suma kereta. Kanak-kanak lagi la tak sleep..momokak yo.. den nak sleep pon tensi..huhuh..

Pastu, terus aje driving dengan penuh perasaan dan nak cepat sampai. Kunun nak singgah Mutiara Damansara, leh la pegi rumah Arrpek dan lepak sebentar kat rumah dia, dan terus pergi ke I-City di Shah Alam. Tapi, hujan lebat giler, memandang Salman baru nak baik dari ciken pok dia, maka terpaksalah memadamkan hasrat nak ke sana.. hhuhuuhu..


Tengok ni...time ni tak baper lebat dah. Masa lebat giler tu, apa pun tak nampak. Sungguh membahayakan kesihatan mata, tengkuk dan tulang belakang sebab masa ni kena letak kepala exactly dekat dengan stereng...sadisss...

Sampai aje Melaka, Omak lak stress sebab tengok segala pokok-pokoknya layu dan ada yang mati. Kejam sungguh si Adik ni, tak reti nak jirus pokok Omak. Omak paling sayang pokok Kekwa dia... tengok-tengok suma dah tuko kaler koko...keciannn..Tak dan nak amek gambo pokok Omak yang sadis tu...kang kena hempuk lak..kehkehkeh...

Lepas tu terus tengok segala haiwan peliharaan Omak... Tak boleh tahan tengok menatang ni sekor..


Hamster yang gemuk dan malas..akkakakak.. lepas aje dia bersenam kat benda pusing-pusing tu, terus dia godek-godek badan dia yang montel tu dan terlentang dan terus ZZZzzzZZZzz..memang super pemalas si hamster ni. Ada 3 cages, tapi hat ni paling tak bleh blah lawak dia masa titon..kuikuikui.. Asek makan titon aje.. mana tak gumuks.. huhu

The next day, Arrpek balik, so pergi la berjimba-jimba kat Aeon Jusco Melaka bersama Naufal nk survey kasut sekolah. Naufal cukup teruja dengan benda-benda ni kat Jusco sampaikan tak baper ingat kat kast sekolah dia..huhuu


Bajet kunun sejuk macam kat Antartika..akkakak


Teruja sungguh dapat amek gambar kat pokok Krismas sambil pegang hadiah.. T_T.. sabo je la..

Isk..ngantuk lak.. nantikan entry kedua nanti ye. Kalau tak tertiton..kakakak.. Papaiiii

Monday, July 19, 2010

Balik kampung!

On Thursday, naik flight menuju ke KL with my SIL. Sampai KL, my BIL picked us up and terus ke KL Central. Dari KL Central, Arrpek and Nad sudah menunggu dengan penuh ketensenan..kaakaka.. ada orang tak sabo nak balik Melaka nampaknya.. Apakah..apakah..kakaka..


Salman yang tak tau aku nak pi mana.. dia tau aku nak pi work saja..cian pepy..

Sampai di KL Central terus aje menuju ke Melaka. Si Nad bawak kereta dengan penuh perasaan sehingga menyebabkan aku dan Arrpek menekan brek syok sendiri di dalam kenderaan. Sungguh HOH ko Nad. Leh sakit jantung kalau ini macam. Wah..sungguh membahayakan kesihatan. Nasib baik selamat jua tiba di Melaka jam 2 pagi. Hehe.. Terus call Hubby, terkejut beliau aku ada kat Melaka, maklumla, tadi SMS ada kat KL. Kakakaka..

Sampai umah Omak, terus aje dihidangkan Nescafe. Sungguh bes.. no drinks like Omak's handmade drinks. Nak makan nasi tak baper lalu. So, ratah ayam masak kari Omak je la.. tu pun sedap tak hengat.. akkakak.. upacara menaikkan pound bermula.. akkakaka.

Pastu, masuk bilik Cik Par dan layan DVD pulak. Ntah bila tertidur pun tak tau la.. Sedar-sedar aje dah siang. Kelam kabut la kunun basuh baju. Sebab trench coat pakai malam tadi harus dipakai untuk Jubilee.. Bau tak besh, harus basuh..akkaka.. Arrpek lak kuar ngan Nad pi uruskan apa ntah, tapi nengok-nengok sempat lak pi shopping Miracle Water SKII. Cisss..haruskah aku beli jua? Kakkakaa..

Then around 1, kitaorang bertolak ke KL kembali. Macam amek api da.. Walaupun beberapa jam di Melaka, tetap dapat mengubat kerinduan aku, Arrpek dan Nad (eh..ko masuk skali kah? kakaka) dekat Omak. Miss u Omak..


Omak tengah perati renab-renab kesayangan.. kuikuikui


Trench coat dah kering, terus pakai.. sebab tak bawak blouse.. just shirt lengan pendek.. hand socks pon tak bawak, terpaksa pakai coat..hoh!

Me and Omak and Arrpek.. umpama Charlie's Angel bak kata Wi..akkkakakka

Kot sibuk macam mana pun, kita kena luangkan masa untuk Omak, sementara stok masih ada bak kata iklan.. kuikuikui

Buat Omak, thanks for the Masak Asam Podas yang betul-betul hol liaoo.. dan jugak teh susu, dan jugak nasi lemak dan jugak manggis.. akakkaka.. you are superb wahai Omakku.. yang cantik julita.. lebiu Omak!


Manggis Omak yang begitu dasyat kelazatannya..akkakaka

Ni lak gambo mana ntah sesat dalam kamera aku nih..

Orang lain.. sila jeles..akakka

Sekian, berita hari nih.. hehe

Sunday, June 20, 2010

Makan tak habes-habes di Melaka

Melaka bukan saja menjadi pusat pelancongan dan pusat membeli-belah, malahan boleh dikategorikan sebagai pusat makan-makan! Hehehe... Sepanjang berada di Melaka, boleh dibilang berapa kali makan kat rumah. Selebihnya makan di restoran dan juga tapau dari pasar malam. Kakaka


Mee ni memang sedap dan superb.. tapi yang tak baper sedap adalah namanya : Mee Bodo. Kakakka.. Boleh didapati di kedai tepi jalan on the way to Banda Hilir. I dunno the exact place but then the place is a bit congested with cars etc. So, kalau tamo sesak barat, you better come here early. Lambat kalu, beratur la panjang2.. Tak menahan.. huuhu..


Waiting for Mee Bodo. Mula-mula amek telur mata kobau dulu.. then sit at your own place for the mee to come. Huhu.. Tempting habes masa nih..hahaha


Ni lak on the way to Tanjung Keling kot. My cousin's restaurant! Apart from Popiah yang superb ni, nasi ayam, nasi lemak, popiah basah pon ada.. the best drink that you can get from this shop is -- Air Mata Kucing Panas.. gilernye terangkat aku minum. Perghh..


Panjang tol meja.. Nasi ayam dia memang besh..tapi sayang -- ayam kecit bebenor. Harus diupgradekan saiz ayam tuh..akkaka.. Pemilik kedai nih -- Kak Rubiah.. cousin kitaorang.. harus korang pegi kalau ke Melaka..

Tempat makan berikutnya.. on the way ke Kandang.. cendol dia sangat bes! Leh terangkat kalau minum. Kalau MIL lalu kot belakang, tak toleh pong..akkakkaa..



Oh..time ni cendol tak sampai lagi..hehehe..


Nah..amik ni.. gorpis..akkaka


Dan cendol besh!

Then, on Wednesday, kitaorang wat BBQ tergempaq lak. Saja-saja tak tau nak wat per dah, so tercetus idea BBQ. Call Kechat untuk venue dan nasib baek beliau setuju. Terus aje beli barang-barang BBQ dan memanggang la we olls.. kakaka


Amek ko..sampai itam..kakakak


Fruit tartlet.. acara wajib buat Toji.... bes gilakk..

Tu pasal aku berjaya naik 3 pound semasa berada di Melaka.. hoh.. Tadi pi Wei Wei.. timbang berat.. 000.. masih di takuk lama..padahal sebelum pi Melaka berjaya turun 5 pound..aiyoooo..

Pisan aku nak kena diet kembali..huwaaaa...

Picture credit : Nur Liyana bt Muhammad Zaini hehe

Thursday, June 17, 2010

Jogging pulak!

Sangat bertuahlaa bagi penduduk negeri Hang Tuah nih. Dah la ada shopping center 24 jam, pehtu, tempat makan pelbagai tempat, then dah makan-makan, ada lak tempat nak jogging. Aerobic pun free.. Free? Bio betik! Ha ah.. freeeee..

So, pagi-pagi buta kitaorang kuar dari rumah. As early as 6.15 a.m. Gilernye awal.. kalah nak pi skola..akakka... oleh kerana tak bawak kasut jogging, maka aku terpaksa la beli kat Aeon Jusco Ayer Keroh. Sungguh cumil kasut nih.

Tempat jogging: Bukit Serindit kot. Sorry -- tatau nama dia apa..akakak


Murah aje..
Brand : Kuasa
Rege: RM 79.90. Kakakak


Awal giler kuar... matahari pon tak sempat nak tunjuk power lagi. Kakakak..


Tasik depa harus diperbaiki lagi keadaan kebersihannya. Tak baper nak clean, berlumut dan berbau jugak. Huhu.. Tapi masih boleh dimaafkan lagi. Kalau ada canoe lagi bes.


Kat sini macam ada stage, boleh wat show jugak..kakaka


Ada aerobic secara percuma di sini. Korang just tunggu kol 7.30 nanti group ni akan datang dengan speaker, radio dsb dan mula untuk mengeluarkan peluh.

Hoh! Bes kan Melaka nih?!! Kuikuikui

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails