Wednesday, May 15, 2013

Lagu Tema Hari Guru 2013 : Transformasi Pendidikan Negara

Hari Khamis ni 16 Mei... hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga pendidik sebab hanya satu hari istimewa ini saja yang guru-guru boleh bergumbira.. kehkehkeh..

Dok browsing newsfeed, ada pulak member dok share link lagu tema hari guru for this year. Maka tanpa berlengah lagi ticer mendownload dengan gumbira. Terus aje salin lirik lagu sebab dok cari tak jumpa pun dalam website mungkin belum diuploadkan lagi. Tapi takpe.. ticer cekap dan tuntas.. terus gigih menyalin dan sapa-sapa nak copy dan paste pon dipersilakan. Esok sila berlatih okkk... So, video lagu ada dibawah ini. Boleh diconvertkan ke format MP3! Jadi leh main terus dalam player ok. Sekejap ticer bagi link video dulu. 



Nahai.. lazat jugak lagu dia ni. Lagu dicipta oleh Rosman Adam dan dinyanyikan oleh Stacy dan Hafiz. Aiceh.. ada kimia disitu.. kui3x

So, kalau nak convertkan ke dalam bentuk MP3.. sila klik link SINI!... Bila dah klik, pergi balik kat YouTube dan copy address diatas tu dan pastekan ke dalam ruangan yang disediakan. Dia ada bagi contoh, korang p tempek aje kat ruang yang disediakan. Then, kita akan ditanya nak download kah? Korang klik download saja lor.. dan kita akan ditanya lagi nak save kat mana.. haa.. ikut suka nak save kat mana, janji korang ingat kembali tang mana korang save tadi ok. Then...tadaaa.. esok bole praktis dengan gembira ok.

Nak lirik pulak? Adoi.. suma nak aje.. kakkakak.. takpe.. kita tak kedekut ilmu.. Nah hambek ni... Pergi kopipes dan bagi kat semua cikgu-cikgi disekolah memasing.. Jangan gaduh-gaduh..nanti ticer rotan. Kui3x

Lagu Tema Hari Guru 2013
Transformasi Pendidikan Negara

(P) Demi menjayakan
Masa depan Malaysia
Menerusi pendidikan
Berkualiti

(L) Di kota di desa
Ilmu dikongsi bersama
Membina potensi insan
Yang seimbang

c/o (L&P)
Ayuhlah kita semua
Bersama satu suara
Melonjakkan pendidikan
Bertaraf dunia

(L) Demi membangunkan
Insan kreatif inovatif
(P) Transformasi Pendidikan
Diutamakan

c/o
Bangunlah kita semua
Kejayaan di hadapan
Bersatu hati menjunjung
Hasrat yang utama


Ayuhlah kita semua
Bersama padu tenaga
Menjanakan keilmuan
Demi masa depan...
Malaysia...

Ayuhlah kita semua
Bersama satu suara
Melonjakkan pendidikan
Bertaraf dunia

(P) Demi membangunkan
Insan kreatif inovatif
(L) Transformasi Pendidikan
Diutamakan

Bangunlah kita semua
Kejayaan di hadapan
Bersatu hati menjunjung
Hasrat yang utama

Ayuhlah kita semua
Bersama padu tenaga
Menjanakan keilmuan
Demi masa depan...

Ayuhlah kita semua
Bersama padu tenaga
Menjanakan keilmuan
Demi masa depan...
Malaysia...
Malaysia...
Malaysia...

Pencipta Lagu: Rosman Adam
Penyanyi: Hafiz dan Stacy

Haa.. amacam? Sudah happy kah? Sekian.. selamat mendengar dan Selamat Hari Guru kepada kita-kita aje! Love love love! 




No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails