Monday, November 29, 2010

Saya memang orang kampung.



Petikan dari artikel yang belum ada lagi. Kakakaka

Kenapa saya kata saya ni orang kampung. Ada banyak sebab sebenarnya. Mari saya senaraikan beberapa perkara yang menunjukkan bahawa saya ni orang kampung. Ngehngehngeh.

1. Saya duduk di kawasan kampung.

Kawasan perumahan saya terletak di kampung. Ada sahabat cakap, time dulu, kalau ada kerbau atau lembu tersesat di kawasan kami tu, tobat orang tak cari dah, sebab ada rimau. Hoho.. scary kan... tapi nak saya tetap suka dok sini. Sebab aman dan damai. Ala-ala Cameron Highland pada waktu pagi. Hehehe
2. Minda saya tak berapa nak terbuka sangat.

Ini memang saya akui. Fikiran saya tak berapa terbuka tentang beberapa isu yang orang masa kini merasakan perkara itu perkara biasa. Antaranya ialah isu perempuan merokok. Walau betapa modennya gaya yang mereka rasakan dengan merokok di khalayak ramai, saya tetap melihatnya sebagai...errr.. jelik. Sebab saya tak rasa macam hebat bila lelaki merokok, apatah lagi perempuan. Anda sebenarnya membuatkan diri anda a step closer to cancer. Dan seharusnya anda peka bahawa tidak semua orang yang sukakan asap rokok anda. Dan untuk non-smoker like me, adalah lebih mudah mendapat penyakit dengan menghidu asap rokok anda yang sangat-sangat busuk.

Isu yang berikutnya ialah isu pergaulan. Saya memang agak kampung bila dikaitkan dengan isu pergaulan. Contohnya apabila kita bersembang dalam alam maya, atau berbalas mesej di telefon, saya rasa kita harus tahu status diri kita. Saya pun gila-gila juga dan ramai sahabat berlainan jantina. Tapi bagi saya, kena la jaga batas pergaulan. Batas yang saya letak apabila berbual, saya akan elakkan isu-isu yang melayan hati dan perasaan. Saya sedar diri saya, isteri orang dan saya tidak mahu suami saya menganggap saya melayan orang lain lebih dari dirinya sendiri. Sebab itu apabila bersembang dengan orang yang berlainan jantina, saya lebih banyak menggunakan kata ganti diri kau, aku, hang, hangpa, kami, awak, saya dan kadang-kadang aje I, You (tu pun secara formal). Itu pun geli tiak nak guna. Dan saya juga lebih suka bersembang secara general dan apabila sahabat berlainan jantina itu mula nak cucuk jarum, saya akan cuba mengubah topik lain atau membiarkan sahaja dia melayan perasaan syok sendirinya. Sebagaimana mesej yang dipaparkan secara umum, begitu jugalah saya melayan sahabat-sahabat saya apabila bersembang secara private. (nak letak sulit macam hubungan sulit pula..har..har..har..)

Dan bila kita bersembang di alam maya, sudah tentulah banyak icon atau emoticon yang boleh kita guna. Ada orang kata, ala... main-main aje guna icon hugs tu.. main-main aje guna icon kiss tu. Bukan betul-betul pun. Itu pun nak kecoh.
Bagi saya yang berfikiran orang kampung ini, main-main ni ada banyak caranya. Saya cukup takut nak bermain-main dengan cara ini, saya takut, saya terperasan dan pihak yang satu lagi terbuai perasaan. Saya kalau boleh nak elak dari bermain api, kelak nanti membakar diri. Cuba la kita berfikir sejenak. Sekiranya pasangan kita bersembang dengan orang yang berlainan jantina dengan menggunakan ayat-ayat cinta dan diiringi bersama emoticon yang comel dan menggoda jiwa, adakah kita masih boleh terima dengan hati yang terbuka?

"Ala.. mereka hanya bersembang main-main aje. Bukan ada apa-apa pun...Tak perlulah nak cemburu.."

Padahal dengan pasangan sendiri, tidak banyak yang dibualkan. Hanya yang penting-penting sahaja, masih main-main ye.

Lagi satu ayat cliche.."I ni spesis giler-giler.. mana ada nak jiwang-jiwang dengan dia. Eee.. tak masuk akallah!
Ok,fine. Mula-mula gila-gila lah, lama-lama gandaan gila tinggal satu perkataan dah tertambah pula imbuhan 'ter'"dan 'kan' menjadikan perkataan tu :TERgilaKAN.. kan bahaya tu.

Contoh ayat: I ni jenis gila-gila. Main-main aje sembang dalam tu..
Tiba-tiba aje : I TERgilaKAN si polan! Oh.. macam mana ni.. I ingat main-main aje, tiba-tiba tersangkut. Oh.. janganlah dia tinggalkan I... wtf!

Dan saya masih boleh terima sekiranya mesej itu dipaparkan secara terbuka, kita faham niat main-main. Tapi apabila mesej diletakkan secara terbuka, ayat yang ditaip kelihatan formal dan tiada apa yang berlaku, sebaliknya bila bersembang secara private, boleh pula keluar ayat macam-macam ye, siap dengan icon2 terbaek. Jadi, ikhlaskah anda bermain-main tadi tu? Ikhlaskah gila-gila anda tu? wtf!

Bukan apa, saya rasa lebih saya ni berfikiran kampung dan kolot daripada mereka yang berfikiran bandar dan moden. Bagi saya, apa-apa pun, kita harus sediakan payung sebelum hujan. Apatah lagi musim hujan ni, takut banjir pula. (Apa ni, tulis belit-belit, tak paham aku..)

Eh, kenapa ni.. janganlah terasa, saya taip ni pun main-main saja. Ala.. saya ni kan gila-gila.. mana ada serius-serius. Kalau nak benda yang serius, anda sentiasa boleh layari blog ini. Semuanya serius belaka...(tetiba ending macam ni.. cam cipan!)

Sekian,
Salam mesra dari Ticer Syah a.k.a Orang Kampung

P/S: Cemburus tanda sayangs..

Ada lagi ke orang kampung kat sini? Kalau ada, sila like..kakakka

Picture credit : http://www.corny-me.blogspot.com/2009/11/read-thisjust-for-fun.html





Dia ni penggoda!

Hari itu, berdating lagi dengan Encik Hubby. Asek dating je tak abes-abes...memang kena selalu dating sebab Encik Hubby umurnya hampir menjelang 40. Harus sentiasa berhati-hati. Hahaha.. So, kami pun pergi berdating di Tesco. Alah..Tesco aje..kakkaka. Beli punya beli, oh..terlupa nak bawa shopping bag!!! Tensi sungguh. Rugi la tak bawa shopping bag sendiri, sebab nanti tak boleh nak kumpul mata Green Clubcard. Boring sungguh. Tapi Tesco ni memang dengkis. Macam tau-tau aje we all tak bawa shopping bag. Maka Tesco pun mempersembahkan bag membeli belah baru yang cumil dan ayu nih...Dan Encik Hubby pun menunjukkan kepada aku..

"Nak tak?"
"Eeee..comel.."
"Nak kaler apa? Ada dua... pink and blue."
"Pink! Pink!"


Nak.. amek ni.. Pink.. Santek ah!

Dan tadi, paksa Naufal amek gambar kitaorang berposing dengan bag baru nih..kakakka


Baper kali snap daaa..

Shopping Bag ni dikeluarkan bersempena dengan tayangan filem yang bertajuk Rapunzel - The Tangled Tale.


I love this bag!

Tak mahal pun. Tak sampai RM 4. So, why wait now? Go to the nearest Tesco and get one of these!!! Yeehawww!!!

Benci tau kat Tesco..suka goda orang T_T.

Ada sapa yang dah terbeli bag ni? Boleh klik kat like..kakakka


Cuba klik button bawah..kakkaka

Let me try this...
Try to like my post..kakakak. Tapi takde story, buat apa nak like..saja gatal nak try menjadi ke tak button facebook kat bawah ni.. Kalau korang nak boleh aje buat mcm nih..

Pergi ke sini
http://www.facebook.com/share_partners.php, then, isikan address blog post anda di ruang URL to like... pastu, customize la ikut suka kita kat kotak tu...Bila dah yakin seyakin-yakinnya...
Ambil kod anda (pastikan anda sukak dengan contoh yang diberi), dan tempek kod di penghujung post setiap kali anda membuat post di blog anda. Susah ke? Tak berapa susah, cuma, kita terpaksa kopipes benda yang sama. Takde ke yang permanent macam link widget tu? Adoi..penin mak..malas nak godek banyak-banyak. Nama je dah lama berbelog..tapi still sengal dalam banyak hal..kesian...

Ok..sila klik kalau suka...tak suka pon klik jugak..nak tengok berkesan ke idak butang nih..kehkehkeh



Kadang-kadang kita terlupa pada anak yang tengah..

Selalunya anak pertama akan menjadi kebanggaan keluarga, anak terakhir pula menjadi kesayangan dan buah hati keluarga. Macam mana pula dengan anak tengah? Tidak lama dulu, aku ada terbaca tentang sindrom dilema anak tengah. Kadang-kadang orang selalu cakap, anak tengah ni lain dari yang lain... suka tunjuk perasaan, lone ranger, mementingkan diri sendiri dan macam-macam lagilah. Hakikatnya anak tengah buat begitu sebab dia pun nak menunjukkan bahawa dia juga wujud..

"Hello Mama.. I'm here.."

Dan kata orang, biasanya anak tengah ni gambar pun tak baper nak ada. Betul ke? Hohoho..

Hari ni, aku betul-betul terlupa tentang anak tengah aku.. Dia konvo hari tu, lupa nak story pasal dia. Kesiannye.. kesian kesian.. so darling Mama, I am so sorry because Mama terlupa nak update story about you. Asyik citer pasal Salman aje..cian..

Next year, Naufal naik Tahun 1. Dan semestinya sudah aku daftarkan ke sekolah abang dia. Hopefully dia dapat masuk One English. Tapi tak tau la macam mana. Sebab dia ni susah sangat nak buka mulut. Nak suruh baca buku pun susah. Tapi dalam kelas time exam ok pulak. Last year dua kali dapat 1st place. This year, dapat 1st place masa penggal pertama and 4th place masa penggal kedua. Adoi.. takutnya la Mama dia kalau dia tak boleh nak perform bila masuk Year One. Hari tu suruh baca papan tanda.. Sungguh lambat!!! Suruh kira boleh la tahan cepat..
Tapi apa yang paling membanggakan, suruh baca Jawi, cepat pula dia membaca.. Hrmmmm... Apapun, jom layan picca Naufal Sameer, anak tengah Mama..


Ni gambar dia bersama classmates dia..


Ni gambar birthday dia... sambut secara berjemaah di sekolah..hehehehe


Yang ini, gambar konvo tercomel dia.. err..terkacak..akkakaka

Takde ke gambar masa konvo Naufal? Oh, ada, tapi tak baper meriah.. so, malas nak upload kat sini. Apa yang boleh diputuskan... Tadika Naufal ni amat bagus dari segi akademik dan juga dari segi agama -- sebab dia dah boleh baca Jawi dan Qiraati dia pun sudah bagus. Tapi dari segi persembahan pentas masa konvo-- agak haru biru dan tidak teratur...tak berkenan den. Huhuh. Harap-harap lepas ni akan dibuat post mortem. Asek persembahan yang sama (sebab dua-dua anak aku sekolah tadika ni dan each one of them spend 3 years each in this kindergarten)

Harap-harap lepas ni, pengetua takde la nak mencelah bila pengacara mengacarakan majlis.. sebab kadang-kadang aku nengok pengetua depa ni macam nak jadi pengacara pon ada. Adoi.. let the MC do her job la.. you dok dendiam sudah... Banyak yang harus diperbaiki. And actually, the kids tu kena la praktis di atas pentas yang sebenar sehari atau dua hari sebelum konvokesyen.. kalau tak memang haru biru....Oppss....Just my two cents! :)

Sunday, November 28, 2010

Empat orang mangsa potong berada di rumah ini!

Semalam kenduri punya la berderet. Sampai kena pilih memilih. Oleh kerana pagi tu Encik Hubby sebok memotong rumput kat rumah Mama beliau, maka operasi makan kenduri pon agak selektif. Kita pilih mana yang wajib lah.

Husband pun buat congakan dan kira-kira (oit.. congak ngan kira-kira bukan sama ke?). So, Hubby akan pergi rumah office mate buat kenduri potong kat Pekan Jitra, aku menempek ngan jiran sebelah untuk kenduri rumah anak sedara jiran kat Hosba, dan waktu petang nanti, barulah kitaorang pergi ke rumah ibu mertua kak ipor aku kat Kota Rentang.
Sungguh banyak menda nak kena makan nih. Dan sentiasa sediakan teh penghakis lemak bila habis makan kenduri okeh. Huhu.. (Ok..aku terlupa minum teh tu... skarang nyesal..). Dua kenduri yang awal (yang kitaorang pergi asing-asing sebab nak jimat masa), tak dan nak snap gambo.. huhu.. Only kenduri rumah MIL Kak Inah aje sempat bergambar bajet cumil.. kuikuikui

So, dalam kul 5.30 tu, bergerak la kitaorang. Ikut jalan shortcut yang memang dekat dan senang. Cuma bila sampai tang Masjid Kota Rentang, kitaorang dah blur. So, tepon Abang Jamil and he picked us up.. Gegegege...


Depan Masjid tu.. (ke surau eh..) Entah apa la Encik Hubby bebelkan tatkala aku memetik ini gambar..kehkehkeh..


Masa dah sampai, Salman sebuk dengan Brick Game budak kena potong.


Dan masih sempat mengklik gambar syok sendiri. Weh. ada nampak itu blouse.. made in India, beli pun kat orang India.. Kalau takde cermin, leh suluh muka kat baju aku..akkakaka

Dan seperti biasa, kitaorang ingatkan Along ngan Muaz aje yang dipotong.. tengok-tengok.. lerrr...

-

-

-

-


Berderet ko.. Empat orang sekali.. Adoi.. lari bajet.. terus lari balik ke dalam kereta dan sediakan lagi dua angpow untuk depa. Haiyohh..lengkali bagi la amaran siap-siap.. "Empat orang mangsa potong berada di rumah ini" Kakakka.. Terus jadi tajuk blog post kali nih..:p

Sup Kotak Gear yang betul-betul kawww!!! Boleh membuatkan orang merembes, silap-silap mak mentua lalu tak pasan..kakakaka

Dua hari lepas, jiran sebelah buat kenduri bihun sup dengan menggunakan daging korban yang telah beliau dapat masa Aidiladha yang lalu. Owh..sungguh bes tak terkata, sampaikan terlupa nak amek gambar tatkala kenduri berlangsung. Memang tip top..hohoho.. Dan tiba-tiba aje mulut ni gatal aje menanya soalan..

"Jia... kotak gear ada ke? Kami sukak makan hat tulang temulang.."
"Ohh..adaaa.. malam ni kita lepak kat pondok.."

Malam pun tiba, beriya-iya menunggu di pondok dengan penuh semangat ketulangan..kakaka.. Siap bawak keluar menda alah nih sebab nak sruppp..sruppp...


Nahhh.. penyedut minuman yang aku beli kat IKEA. Sungguh kalerpul kan..kakaka.. Dan bila bawak keluar depa pakat gelak..

"Laa..apsal kecit sangat straw hangpa?"
"Aik..tak bley ka?"
"Kecit sangat...."

Tapi aku tetap menghirup dengan tahap kelajuan maksima..


Ini suma Gohsukeh yang ponyaaaa...hahahahha....

Benar, aku tukang hirup segala isi dalam tulang dah orang lain tak baper berkenan..

"Weh.. hangpa tak takut kaa gemuk sat gi.."
"Takpa.. aku tak makan ubat kurus hangpa lagi.. bila aku makan aku start diet balik..muahaha"

Sekian, biter hangit dari Kampung Tulang Temulang.

Friday, November 26, 2010

Blank...

Eh..tak tau nak update apa hari ini.. Idea pun tiada, gambar pun tiada... hrm.. maaf la ye, bila ada kelapangan saya update lagi..buat masa ni saya nak pekena sup gearbox dulu..ngehngehngeh



Gambar ni dikopipes dari blog INI

Thursday, November 25, 2010

Tetiba teringin nak makan serawa pisang!

Sebelum cuti sekolah hari itu, Ustazah Umi Shitah ada membuat serawa pisang untuk aku. Dah aku cakap aku teringin nak makan, dia pun buatlah. Bila dah buat tu, wajib la aku makan dengan penuh perasaan kan kan kan...

So, masa balik Melaka haritu, Omak pun ada le bagi aku 4 sisir pisang. Setelah disedekah ke jiran tetangga, ada lagi balance pisang yang tinggal, maka aku pun terpikirlah pasal serawa pisang nih. Terus la aku call Omak. Omak pun apa lagi, dengan kepakaran yang ada Omak pun menurunkan le ilmu yang ada... heheh..(apa da.. sikitnye senang pon tak reti nak buat)
Bukan tak reti ok..tak amek pot pon.. bila teringin baru la belajar..akkakkaak

Bahan-bahannya ialah:
Santan Ayam Brand hat kecik tu - 1 kotak
Gula Melaka yang dibeli di Singapore - 2 biji
Garam dan gula - secukup rasa
Pisang - ikut suka la nak letak banyak mana pun
Sagu- pun ikut suka...
Air - ikut suka

Kiranya korang kena pandai-pandai agak la.. aku ni rasa banyak kali. Agak-agak dah best, baru la berhenti meletak bahan..akkakak


Potongkan pisang tu besar gabak, so rasanya akan jadi mantop..

Masukkan air, santan, gula, sagu dan kacau dengan penuh kasih sayang... pastu masukkan pisang.. senang seh..nyesal tak belajar awal-awal..akakka


Ni bila dah siap. Aku guna periuk Vision yang paling besar nak masak ni. Pastu leh pass kat jiran tetangga... Memang sedap..kalau tak caya, tanya lakiku..akkakak.. dia kata sedap.. kan kan kan..

Kiranya malam tu kenyang la jugak..hehhehhe..

Sekian, resipi hari ini..akkakak

Wednesday, November 24, 2010

My Convocation!



Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Dah 4 tahun menunggu saat nih. Bergelut siang malam dengan buku dan kanak-kanak riang.. huhuh.. berperang dengan anak murid di waktu siang dan berbedilan dengan buku dan assignment di malam hari. Membuat assignment tak kira waktu, sampaikan mandi pun dok teringat assignment. Memang tough giler. Tu la..time bujang tamo study dasat-dasat.. dah kawin kan ke susah.. huhuhu... So, nak maintain pointer pon mau nanges.. huwaaaaa

Sidang aku berlangsung pada sebelah petang. Sangat beruntung sebab ada banyak masa untuk bersiap sedia (sebenarnya pergi bergumbira di IKEA pada sebelah pagi). Jam 11 pagi dah gelut nak balik, tapi tudung takde lagi, last-last sewa tudung Arrpek aje la. Nasib baek beliau ada banyak koleksi tudung..kakakka..so, tajaan tudung untuk konvo kali ni adalah dari Arrpek. Kuikuikui.. Macam artis lak ada tajaan-tajaan nih..kakakka

Dalam jam 12.30 sudah ada dekat PWTC. Mak aiii punyalah ramai umat manusia, tak menahan den. Cari parking aje dah berminit-minit. Huhu.. Nak patah balik ke entrance awal nak ke PWTC tak tau, maklumle KL ni kan jalan berselirat, kang sesat kang, lagi naya. So, we just parked at Putra Station aje. Jalan kaki la aku dengan kasut turquoise baru dan batik Medan baru..akkakaka.. tetiba je..kuikuikui

Dah tiba di PWTC, terus calling-calling my coursemate. Aisey.. cari dia tak jumpa lak. Tak tau nak cari tang mana. Redha je la.

Dalam pada tu, terus aje pakai jubah and topi empat segi tu sebab tengok orang lain suma dah pakai dah. Aku aje tak pakai lagi.. haishhh..


Bila dah pakai terus aje amek gambo syok sendiri.. eerrr.. sebenarnya nak tengok kedudukan topi kat kepala tuh.. Ada betul ke, senget ke, terpelanting kot lain ke..kakakka.. and sebenarnya nak tengok jugak mekap ada somel ke idak..akkakak

Lepas dah rasa comel dengan jubah dan topi empat segi, operasi jejak kasih mencari sahabat pun bermula...Dalam dok pusing-pusing cari member, terjumpa plak geng-geng Indian nih.. Mugami ngan Ananthi.. lega lega.. sembang penuh perasaan dengan depa. Rupanya team Kedah cuma 4 orang aje. Alahai.. sikitnye.. huhu.. yang lain suma tak lepas lagi. Ada sorang tu lepas, tapi dia tamo latang, sebab hubby dia kerja pulak..adoi.. amek la cuti sayang oit.. isk isk isk... Apa pun, aku bersyukur sangat-sangat sebab berjaya lepas di saat-saat akhir.... huhu


Sembang dengan penuh perasaan.. teruja tak hengat time nih..

Lepas dah sembang-sembang, terus aje kami dipujuk dengan manja untuk berbaris sebelum masuk ke dalam dewan. Time ni terus aje serahkan handbag etc kat Hubby and Omak. Handphone aku pegang juga dan letak dalam.... dalamm.. errr.. hehe.. tempat orang dulu-dulu letak duit..kat situ la aku letak handphone..akkakaka


Time ni tengah beratur ikut nombor yang tertera pada kad pintar. My number is 381, orang pertama dalam barisan..hoho.. tapi bila dok dalam dewan, dok kat tengah-tengah gak.. huhu..


Yang ni pulak masa dalam dewan, macam-macam perasaan yang hadir masa ni. Teringat masa awal-awal belajar, then, teringat lak suka-duka dengan kengkawan. Bila la nak jumpa member-member tu suma nanti. Sayu rasa hati time ni especially teringat kat Babah yang tak dapat sama masuk dalam dewan tengok anak dia pakai topi empat segi tu. Babah selalu pesan suruh aku sambung belajar....

"Kau boleh buat.. Babah tengok kau boleh buat.. bila dah habis sambung la lagi.."

Oh, Babah, sedih sungguh teringat ayat Babah tu. Kalaulah Babah ada, mesti lagi happening.. Mak pun macam sayu aje dok dalam dewan, mesti teringat kat Babah.. T_T...

Ok..agak emo sekarang..huhu.. Tapi time dalam dewan tu, air mata memang bergenang, tapi kontrol supaya tak tumpah. Bergenang sebab teringat kat Babah aje. Kalau Babah ada, mesti duduk barisan depan dengan tongkat dia tu... huhuhu.. pakai kemeja, seluar warna gelap dan kasut bertutup berserta kopiah putih -- oh..memang gaya Babah.. T_T. Masa nak naik pentas pon, dok kontrol air mata lagi..Perhati line depan dan berimaginasi Babah duduk bersama dengan Omak dan Hubby.. Huhuhu.. Memang sedih giler.. tapi kontrol lagi... sembang dengan orang belakang nak bagi hilang kesedihan. Speaking London dengan penuh berhabuk dan karatnya nak cover sedih. Huhuhu..

Orang belakang: "You tau ka nak naik pentas?"
Orang tengah cover sedih: "They downloaded it in the net.. Everything is there.."
Orang belakang: "After I downloaded the slip, I never go back to that site..hehehe.. "
Orang tengah cover sedih: "Oh, I watched it once, alaa..never mind la..we just watch the person in front of us.. Lucky us tak kena awal.."
Orang belakang: You're rite..good luck then..
Orang tengah cover sedih: Good luck..bye..

Dan terus serah kad pintar dan naik ke atas pentas.. Kita just ikut aje numbers yang ada atas pentas tu. Ada dua spot dan ikut aje arahan orang habaq kot bawah.. Time amek scroll, Incik Hubby tak sempat nak klik gambar, nasib baik la ada camerawoman tambahan kat luar dewan tolong snapkan gambar..huhu


Aku rasa aku senyum sikit aje.. tapi apsal dalam ini gambar nampak gigi? Haishhh.. Memang giler glamer tol.. Kuikuikui. TQ pada Cik Nad sebab sudi snap gambo teman pakai kamera gabak you tuh.. kekeke

Lepas aje amek scroll, terus ke tempat duduk masing-masing.


Nah.. dah dapat scroll, tapi dalam kosong..huhu


Ambil gambar tanda lega.. tapi selendang bahu terjatuh pulak.. isk..isk..isk..

Lepas aje tamat sesi bagi scroll pada semua graduan, terus aje kitaorang keluar. Menderu-deru para graduan dan orang ramai nak keluar dari dewan. Hubby dari depan dah melambai suruh kedepan. Aku pun secepat kilat meluru ke depan dan tak baper jem pun jalan. Lega..kekekek


Terus aje ambil gambar fresh depan dewan. Pastu kena halau la plak..akkakaka..

"Para graduan, sila keluar, tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan.. minta kerjasama...para graduan..."

Cepat aje lakiku snap gambo curi nih..kuikui.. syabas beta..syabas...

Lepas tu, apa lagi.. operasi jejak kasih bersama ahli keluarga dan sahabat handai... kakaka.. Jumpa aje terus amek gambo..teruja giler time nih..huhu


Bersama Omak yang ayu...


Bersama lakiku yang kacak.. ecececece....


Bersama Arrpek dan baju pesen baru beliau..dialah yang menaja tudung dan penginapan di hotel renabnye..akkakak


Bersama Angah --sumber inspirasiku... dalam family kami, dialah orang pertama dapat degree...huhu..


Bersama Nad -- teman pesbuk dan juga Omak.. eh Omak den buat lambang peace ditangan ke? Dasat Omak den ni.. kakakak.. sowy Omak.. terbuat lawak lak.. eee....

And the next day, kitaorang ke Taman Tasik kat Kepong untuk sesi bergambo syok sendiri bersama Epah! Sajalah, nak bagi anak sedara kaya. Asek upah Cina aje..kehkehkeh.

Ini antara gambo yang sempat disnap oleh Epah...


Haa..somel kan kan kan..kompius jua melihat gambar ni..sapa yang konvo nih..aiya..

Dan ni plak gambo yang disnap oleh hubby aku masa sesi photography bersama Epah..


Beza...memang berbeza..kehkehkeh..almaklumla..kamera bawah RM1000 la kata.. huhuhu

Apapun sekalung penghargaan buat semua ahli keluarga dan sahabat handai yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis konvokesyen aku. Budi kalian memang den kenang sampai bila-bila.. huhu.. Oh..next year Angah konvo plak kat UUM. Jom kita meriahkan.. yeebaaaa..

Happy convocation untuk sahabat handai lain yang turut berkonvokesyen pada kali ni.

WE DID IT!!!

A day before C-day!

A day before C-day, kena pergi ke OUM untuk ambil robe dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Antaranya ialah kad pintar. Kad pintar ni bertujuan untuk memanggil nama kita semasa kita berada di atas pentas. So, tak perlulah pengacara menyebut nama secara manual. Canggih seh. Dan sebenarnya tiada latihan yang diberikan untuk naik dan turun pentas, sebaliknya cara untuk naik dan turun pentas telah dimuat turun dalam bentuk video untuk kita praktis sendiri secara maya di rumah. So, bila sampai sana aje terus pandai naik dan turun pentas.. hehehe..

Sebelum nak ke OUM, kena la pulak pastikan bahawa kita membawa slip ini, semuanya kena download daripada website khas untuk konvokesyen. Jadi, kalau kita punya bayaran tak jelas, atau borang pinjaman tak hantar lagi atau tidak lengkap, maka segalanya akan diperincikan di sini. Kalau dapat tanda lulus bersyarat, maknanya ada problem la tu kat kita punya graduation..hasilnya, transkrip akan ditahan...


Ini bentuk slip yang kita kena download.. siap ada peta okey, jadi kita takkan sesat. Err..sesat juga sebenarnya sebab tau-tau je la kan.. KL.. hoh!


Yang ni masa nak ambil kad pintar. Fungsi kad pintar pun dah diterangkan dengan penuh perasaan di perenggan atas. Sila bawa kursor anda di atas kembali untuk mengetahui fungsi kad pintar..kehkehkeh..


Ini la dia kad pintar, sangat simple tapi berguna. Nama kita dipanggil mengikut susunan abjad, kecualilah kalau kita ni pelajar cemerlang yang berCGPA lebih dari 3.5 kot, maka kita dikira cemerlang.. kalau setakat 3.19 seperti tuan punya blog ni, sila kirim salam je la.. huhuhu.. huwaaaaaa...

Selepas aje dah ambil kad pintar barulah boleh pergi try jubah itu ye. Saya diberikan saiz M! Eh..kenapa M, saya mahu S!!! Bila diminta tukar, tidak dibenarkan langsung.... katanya..
"Elok la tu, sesuai dengan awak nih.."
"Tak nampak besar ke? Saya dah la besar.."
"Jubah takde yang orang buat ketat-ketat..."
Owh..dia ni tak paham kot...dia tidak faham bahawa bahu jubah kita gelebeh..isk.. sentap gue! Huwaaaa..layankan aje lar..


Okeh, ada cermin di sini, so boleh cuba dengan penuh perasaan.


Lepas tu, boleh juga posing kat menda alah kat luar nih. Kakkaka. Rasanya saya sorang aje yang over memakai jubah di sini, orang lain suma tak pakai pun... Sungguh teruja bangat..kuikuikui.

Dah puas posing syok sendiri, boleh la pulang ke kereta dan terus bergerak ke hotel renab.. akakaka.


Dapat paperbag cumil..yeay!!


Omak pun teruja jugak..hehe

Ok, kita sambung di episod berikutnya... selagi Dell ni tak shutdown la..

Tuesday, November 23, 2010

Terpergi ke Medan - Part 2

Alamak! Dah banyak hari tak story pasal trip tergezut ni, sampai terlupa nak sakap apa dalam ini citer..kakaka.. Takpe.. kita layankan aje gambo nye ye!

Masa kat Medan, kitaorang stay at Garuda Plaza Hotel. The hotel is superb and ada tenet wireless gitu.. Pastu, bilik dia pon besh and lengkap. Ada la sikit problemo kat bilik air dia, tapi bila kita habaq, terus aje dewang repair. Tip top la jugak kan kan kan..

Dekat lobby hotel ada pulak menda ni, so boleh buat camwhoring session kat sini. Sila bergambar dengan penuh keayuan..kakaaka..


Bajet ayu giler dah nih T_T

Masa second day in Medan, we woke up early in the morning to have our breakfast, then we started our jalan-jalan cuci poket session..huhuhu.. apa lagi, Pasar Ikan la.. tapi bukan ada ikan pon kat situ... pening tol ngan nama-nama tempat depa nih..akkkaka


Nah.. cari baju untuk opismate lakiku, pesanan orang harus kita dulukan.. tapi yang beli terober tu aku la kan..cisss!!!

Our next pit stop kat kedai HELM. Kedai helm ni berlambak-lambak sepanjang jalan. Tak tau apa itu helm? Nah..tengok kat bawah tuuuu...


Ni la dia helm, aku siap cita-cita nak cari helm kaler pinky yang ada corak cumil dan full face, tapi tiada nampaknya.. sampai ati depa..huhuhu

Masa dah shopping giler babas, tetiba tengok duit tak cukup, so, kena la pi tuko lagi, lepas tuko luit, lepak kat depan kedai sebab beca problemo..sengal..


Tu.. penuh dah tu.. nak duduk pon redha aje dengan kesempitan tempat duduk..kakakak


Toko telekung ni the last place kitaorang pegi masa second day. Semalam datang, hari ni datang... kaya kaya kaya..kekekkeke


Ni le hasil borongan... fenin ana fenin..akkaka

Dalam banyak-banyak hasil rombongan... I love these two things..


Gelang dalam RM12 aje..


And also this! Pashmina!!! Kuikuikui

Masa malam tu pulak, kitaorang jadi lapo terlampau, so keluar la nak cari makan. Makan kat otel macam tak beh aje walaupon beh sebenarnya.. dan sebenarnya teringin nak makan lagi Murtabak Mesir kat Restoran Garuda yang terbaek tu... jadi redah la jugak walaupun hujan lebat!!! Naik becak aje nak ke Restoran Garuda yang open 24hours. So, bila lapar boleh pergi dong..kekekke..

Malangnye ada lak insiden kecil, becak yang kitaorang naik tu, eksiden lak. Nasib baek tak jadi apa-apa, cuma tangan aku je melecet..huhu..kesiannnn..


Nampak sikit, tapi sakit okeh.. tergezut lagi..hua hua hua
Ok, akan bersambung di Part 3! Ngantuk suda..hua hua hua


Hanya sebab sekeping murtabak ni aje..hua hua hua..tempting giler.. rasa nak pergi lagi le..huwaaaaaaaaaaaaa....

Saturday, November 13, 2010

Terpergi ke Medan - Part 1

Sebulan yang lalu, sedang aku melayari internet, encik Hubby call dan memberitahu tentang urusan kerja yang harus beliau laksanakan di sana. So, encik Hubby minta tolong tengok-tengokkan tambang murah melalui internet. Ok, dengan gumbiranya aku menghulurkan tangan meringankan beban. Kakakaka.. Ntah macam mana.. bila menempah tiket, terus aje terberani mati tertekan butang untuk menempah tiket untuk diri sendiri..sebab tergezut tengok tiket murah..chewahhh... (padahal memang nak itot pon kan kan kan.. hampeh ko Syah!)

Oleh kerana main belasah aje pergi, time tu tak tengok dah passport ke haper.. So, masa check in barang kat Penang, maka terjadilah masalah negara.... Laki gue punya paspot ada lagi 4 months nak pisan, so tak ble pegi la.. Jadi, hanya aku dan budak Mahatir ni aje yang pegi dulu. Laling terus aje la beli tiket kol 6 petang, so, dia langsung ke kantor imigeresen Penang mau bikin paspotnya.. (apakah..tertaip Indo plak..akkakak). Sampai ke Polonia, terusan aja naiki taksi.. gue sangat bersukur karena mendapat pak supir yang baek bangat... so, dapat la hotel yang superb dengan 50% off.. yeebaaa... syoknye.. Bila dah check-in, terus letak bag and operasi jalan-jalan cari pasal... akkaka

Tempat pertama pergi -- depan otel, mau ambil becakkk... dok deal penuh perasaan..ok.. tukang bawa becak tu setuju dengan rege 80k RP untuk round sampai kol 6 petang..

Ni la Mahatir -- sebelah tu berbaju corak bull-eye tu -- pak supir..kuikuikui

Time tu baru kol 11 pagi..ceh.. So, apa lagi.. makan la dulu... dari pagi tak makan apa lor..kalut ngan insiden sengal kat Penang..huahuahua..sedey tingat lakiku.. uhuhu..

Bila tengok makanan, terus ilang tensi...kakakak..pilih2.. siap tapau Murtabak Mesir bawak lik bilik... huhu.. dah 2 taun tak makan itu murtabak.. enak bangat....

Lepas makan, terusan aja ke Toko Telekung.. hoho.. tak pegi pon Pasar Ikan.. phobia sket sebab situ ramai perampok kata si Raymond. Kena ada encik somi baru buleh pegi. On the way nak ke kedai jual telekung tu, ada polak geng-geng tunjuk perasaan wat demo kat situ..adoi.. kecut pwot aku..sat gi ada lak orang baling gas pemedih mato.. jenuh.. huwaaaa...cian aku..

Dok reciting -- Nyah Obama! Usir Obama! Obama Dajjal.. hohoho..dasat...tapi yang ni tak baper nak ekstrim sebab geng Muslimah je nih.. terkawal la jugak. Tapi still kecot pewot okeh..

Lepas dah membeli terus aje belah ke tempat lain..kakka.. Pergi ke Istana Maimoon. Tak sempat pon naik kat atas tu, ada pergaduhan kat tepi Istana..adoi la..apa la malang nasib aku ni. Nak amek gambo tak brani, sat gi kena hampok nyesal lak kang.. so, aku terus aja mengeraskan diri kat tepi meja orang jual barang tuh.. hohoho.. doa punya la banyak aku baca..siap lintang pukang.. maklumle depa gaduh spesis ekstrim, siap baling batu and kejor mamat naik moto tu dengan batu.. riot seh..
Yang ni la Istana Maimoon. Time ni dah aman sket compare to just now..adoi..very scary the movie..kakakka

Apa lagi.. bersambung la ke Part 2.. tengok la bila aku pree aku update la ye.. Leceh la laptop ni..asek wat hal aje.. sikit-sikit nak shutdown..hoh!

Ok.. c ya in Part 2..kehkehkeh

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails