Monday, August 31, 2009

Ye Ye Minyak Naik!

Tahniah Malaysia di atas Hari Kemerdekaan yang ke 52. Tahniah jugak sebab berjaya menaikkan harga minyak dengan jayanyer.. Tahniah jugak sebab berjaya membuatkan rakyat Malaysia terpaksa berbelanja lebih setiap kali musim perayaan.. semua harga barang akan naik.. percayalah.. Tahniah juga kerana telah menggunakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat sebaik mungkin dengan kenaikan harga minyak nih.. Bak kata ayat-ayat klise yang akan digunakan..

"Rakyat tak perlu risau, harga minyak kita ni masih lagi rendah berbanding dengan negara-negara jiran kita yang lain. Kita patut bersyukur dengan perkara ni."


HOH! I rest my case!

Pasaraya Kota dipulaukan!

Baru sebentar tadi, Encik Hubby baru balik dari mesyuarat tingkap bersama dengan geng-geng pondoknyer. Dan Encik Hubby pesan jangan beli barang kat Pasaraya Kota.. Aku heran bin ajaib.. Naper polak..

Citer dia cenggini

Sorang budak lelaki pi kedai tu, pehtu dia nak beli lampu.. pekedai tu soh carik kat rak belakang. Maka budak tu pon pergi la ke bahagian belakang.. then, budak tu carik tak jumpa, dia pi la balik kat pekedai tu, pekedai tu cakap marah2. Budak tu tegur.. hello.. cakap baik-baik boleh kah? Saya ni kastemer nih... Ntah apa ke henye si pekedai ni mengamuk meroyan tetiba, terus dia kuarkan kayu besbol nak tibai budak laki ni.. seb bek budak laki ni ada silat gayung, hayun le kayu besbol tu ke tempat len..pehtu pekedai kuar pisau plak, apalagi bersilat la budak itew.. Nasib baik la orang jual burger Ramly kat luar tu masuk tolong leraikan..
Then budak tu wat repot polis.. kena la tangkap si pekedai lelaki tuh.. Yang beshnye, si pekedai pompuan sorang lagi yang seksi itu pon dengkis satu macam dan buat laporan polis katanye budak lelaki tu nak cabul dia..hekeleh.. baruah.. polis mai la tangkap budak lelaki tu.. pastu, polis menjalankan siasatan dengan bersih, cekap dan amanah, akhirnya kebenaran terserlah jua.. maka budak lelaki pon dibebaskan..aku kalo jadi budak laki tu aku saman malu kat betina seksi macam dajei tuh.. wakakakka..
So, aku agak heran la dengan depa nih.. apa ke hal nak berlagak kat sini .. dah bagi meniaga dah cukup baik. Oleh itu, AJK Taman pon dah sebulat suara nak boikot kedai yang tak reti diuntung nih. Dah la jual mahal nak mampos.. tipu plak..aritu Huby aku beli wayar 1m dia kata 2m.. dia ingat kita bodo tak reti Maths kah? Tapi malas nak bising-bising bayo je la..

Maka terbongkar lah citer bahawa si pekedai tu hangen kat komuniti sini sebab Persatuan Penduduk hantor memorandum mengharamkan penjualan arak dah rata-rata penduduk kat sini Malays.. sejak memorandum tu dihantar, maka pekedai kapir ni rasa sakit ati pelik bebenor kat komuniti sini.. patot le tak mesra alam.. hoho.. aku beli kedai len la nampaknye lepas ni..kena la memanjat bukit atas sket tuh..ekekeke..Takpe.. boikotnye pasal..

So, sapa-sapa dok Taman Tunku Sarina tu, sila la boikot kedai nih ye.. Takkan tak tau kot.. kedai ni terletak betul2 kat simpang masuk taman.. memang strategik..nanti bila kedai tu dah bungkus.. sapa2 bleh la meniaga kat situ plak..

Mampoh la hang Pasaraya Kota, wat taik kat orang.. rasakan penangannye..

BOIKOTLAH PASARAYA KOTA!!!!

Operasi Bersih dan cara nak lipat samosaton!

Since aku ni tak baper rajin nak kemas rumah secara all out maka hari ni hari cuti, so amik la kesempatan membersihkan rumah secara all out..walaupon tak baper out sebenaqnya..haha.. Untuk mengelakkan achum-achum yang melampau, aku pon mengambil precaution yang sepatotnye sebelum memulakan tugas..


Hehehe.. pinjam mask Encik Hubby masa ride motot.. wakakakak..hasilnye aku kurang le bersin..maklum le I all ni kan ke sensitip kat dust2 nih..haha

Dan alangkah tergezutnye teman melihat baper banyak habuk yang terkumpul atas lemari baju haku..huhu.. macam gumpalan kain daa.. oh..lupa nak amik gambo..ekekke.. takpe la.. tak amik pon takpe..sat gi korang kata aku pemalas plak bila nengok habuk yang super tebal....ngehehhe..

Operasi menghapuskan sawang-sawang yang mula kelihatan pon diadakan sama bagi mengelakkan kuman-kuman membiak dengan cepatnyer..ekkekeke.. Operasi tamat masa nak dekat tengahari, then aktiviti membuat kuih samosa lagi.. balut plak.. aritu just wat inti, tak dan balut..so hari balut-balut la plak.. eh..korang tau ke nak balut-balut samosa ni.. tak reti? Bio betiks.. takpe takpe.. kat sini aku ajorkan wokey...


Sediakan pinggan.. senang nak operasi melipat samosa...


Bentangkan kulit popia atas pinggan ni, letak pesen ni yer..


Lipat dua..


Lipat dua lagi..


Letak inti kat situ... kalo boleh letakkan inti macam nak bentuk triangle jugak..


Lipatkan inti tu.. pastikan bucu atas bertemu ngan vertex kat bawah tu..


Teruskan lipatan...kiranya korang lipat bentuk segitiga la..ada paham?


Lipat lagi.. sentiasa pastikan ianya berbentuk segitiga....kalo tak lari temponye..kekeke


Ada lebih kan? Letakkan kanji atau pon tepung gandum yang dah dicampurkan air.. nak bagi dia melekat..so tepung gandum ni acting as the glue for this kuih lah..


Can you see the gandum there? Ngehehehe..lekat elok-elok naa..


Goreng dan sedia untuk dimamam...

So, dah pandai dah lipat? Kalau tak reti, I would suggest that you try it on the paper first okeh.. Untuk memastikan kulit popia tak keras, korang tutupkan kulit popia tu dengan kain yang lembab..jangan lembab sangat sat gi jadi lain pulak kulit popia korang tu... bak kata orang.. sedang-sedang ajo...heheh..

Renung-renungkan dan selamat melipat!

Lesen B full -- sukses!

Maka bergerak la we all ke tempat nak amik test motot Encik Hubby pada jam 8.00 pagi. Dah katanya test bermula jam 9.00. Dan alangkah tergezutnya bila dah sampai kat situ.. Encik Hubby mendapat no... seperti gambo di bawah.. hoh!


Nombot selatot beb.. wakakakaka... jenuh tunggu la deiii...

Maka tunggulah we all anak beranaks kat bawah pokok yang tak sewupa pokok sebab sumanye tinggi-tinggi belaka dan tidak rendang polak tuh..owh..sangat sengal. Tapi alhamdullilah juga kerana cuaca tak panas, redup ala-ala matahari malu nak menjengah muka pada hari itew...ekkekeke... Encik Adam begitu bosan kerana posa dan lapo.. nak wat macam mana dah tak bleh makan..kena tahan daaaa... Kerana kebosanan yang mencengkam hati dan perasaan, maka dok plak dalam kete sambil melayan kapla Encik Nopal.. hasilnya aku berjaya memberkas 13 ekor mak kutu kat kapla dia.. owh.. sungguh terer Encik Nopal menternak kutu, ada harapan jadi petani yang berjaya di Farmville nanti..wakakkaka


"Nombot 90-100 sila beratorrrr... " Maka dengan lemah gemalai, Encik Hubby pon pi la berator amik nombot.. oleh kerana dia motot besor, tak perlu la dia kecoh-kecoh nak teka mana satu motot dia bakal bawak sebab motot besor yang disediakan untuk test memang sejibik ajo..wakakkaka..


Maka melekatlah montot Encik Hubby kat atas Virago yang besor gedabak dan bisa melenguhkan kaki akibat terpaksa mengangkang dengan dasatnye.. cian.. wakakakkaa


Oleh kerana atas kesabaran dan juga berkat di bulan Ramadhan, maka Alhamdullilah, Encik Hubby berjaya juga mengharungi segala onak duri semasa membuat ujian bawak motot besor bagi mendapatkan lesen B-Penuh..hahaha.. maka tersenyum rianglah si pengambil ujian nih..

Malang skali sampai hari dia tak pi buat lesen lagi..hoh..nak kena jotos dah nih..apa daaa....

Lepaih aje teman Encik Hubby test motot, dia polak kena teman we alls pegi main-main game kat Tesco yang besor gedabaks jugak..kekeke.. kekanak riang ni begitu hepi bangat dapat main game kat sini..macam-macam adaaa...


Main ice hockey la kunun...

So, petang tu terus le kitaorang balik ke ghumah dan buat samosaton..hehe.. bes wooo.. sat gi kalo rajin aku bubuh la cara-cara nak melipat samosaton..ngeheheheh

Happy Merdeka Day Malaysia!

Salam people..
I'm so lazy to blog right now.. dunno why.. hehee.. I'm stuck with facebook which is much more fun because I could interact with my friends easily... not only that, I am currently addicted with the Farmville games! huhu..
Join me on facebook okeh!

BTW, Happy Merdeka Day, Malaysia.. more updates about my school's Merdeka Celebration later on.. (depends on my mood lah..haha)

Macaroni Soup

So, people... now I would like to share with you on how to make the macaroni soup.. my hubby's favourite dish.

Ingredient:
Sup bunjut..wakakkaka
Minced beef
Pati tomato
Sos tomato
Bawang dipotong dadu
Kentang dipotong dadu
Daun sup
Bawang putih diguna untuk tumis.. ikut sker
Ketumbar, kayu manis, bunga lawang, lada hitam, lada putih (perkakas sup lah) serba sedikit

Cara nak buek:
1. Tumis bawang putih, bawang merah sket dan dicampur bersama perkakas sup tadi hingga naik bau.
2. Masukkan air mengikut bilangan orang yang nak mengadap sat gi..


Aisey senget lak gambo... Masukkan air ye tuan-tuan..


Gambo betoi.. tanpa tangan enterprem..hehe


Tudungkan dulu...

3. Biarkan hingga mendidih, then masukkan tulang kaa, daging kaa, ayam kaa..ikut suker la.. hingga empuk..termasuk la kentang ye...daun sup juga...


Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan ni plak..

4. Bila dah empuk tu, masukkan sos tomato dan juga pati tomato, kacau sehingga rasa kuahnya itu sebati . Kena agak-agak je ler kan..

Guna brand ni pon okeh..


Biarkan ianya sebati dulu yek..


Sambil-sambil tu bleh cuci pinggan mangkuk yang dah digunapakai..wakakakka

5. Biarkan hingga mendidih. Pehtu baru la masukkan encik makaroni itew.. yang kenit2 tu..
6. Biarkan sampai kembang.. jangan lama sangat.. sat gi terkembang lebeh tak sedap..
7. Hidangkan bersama telur rebus, bawang goreng.. okeh.. bleh makan.. :D


Aisey senget plak.. takpe, nanti kalo bebetul korang terliur plak..kuikuikui


Muka tensi makanan tak siap lagi..huhu


Erkkkk...jangan lupo baca doa makan yo..

Monday, August 24, 2009

Hari 2 Ramadhan

So, yesterday I went to school. I was on duty during the school holiday. A normal routine for every teachers lah. I brought the boys to accompany me around the school. It's school holiday remember. Not many teachers will be there, hence I know that my cronies are not there too. Balik kampung daaa.. aku je dok terperuk di sini. So, we arrived a bit late because..you know the kids..macam2 ada.. We spent for couples of hours and rushed home.
Oh, before that, I dropped by at the market to buy some groceries and also the chicken for bukak poser. Bought some coconut milk, onions etc. Adam wanted to go to Aneka, so we went there happily.. Happy sebab bleh masuk kedai DVD. As usual this boy will definitely choose the BEN10 movies and I too took the Talentime - Yasmin Ahmad.. ntah bes ke tak..ekekeke..orang kata bess.. aku baru nak layan.. And to my surprise, the DVD is copied directly from Asterok channel. Sungguh hampesan...wakakakka..but then, I do not have an Asterok, so I just layan the movie yang dikopipes from Asterok..waakakaka..
Petang sudah tiba, I was thinking of eating the Putri Berendam. So,I called Mak about the recipe. And since I am in good mood, so I would like to present you the Putri Berendam Recipe or its English name = Princess taking a bath...wakakakka

Princess Taking a Bath

Tepung pulut (ikut suka banyak mana nak buat)
Air kapur (jangan banyak sangat)
Kelapa parut
Gula Melaka

Cara nak buat
1. Uli tepung dan gentelkan dia jadi bentuk bola kecik-kecik.. (dua hari ni asik main bola aje..waakakaka). Then penyetkan tengah dia seperti gambar di bawah.


Ada nampak ini.. press dia sampai dia jadi macam bentuk palet darah...ekekekke

2. Masukkan ke dalam air yang menggelegak. Bila dia dah timbul, korang asingkan dia dari air panas tu ke air sejuk... lalukan air sejuk kat tepung yang dah masak tu.


Asingkan terus iye.. jangan bagi dia dok sama-sama masa lepas kuarkan dari periuk panas ni.. nanti dia jadi kembar siam..uuuu...sangat huduh!

3. Sementara tu, dalam periuk yang berbeza, masukkan air 1 cawan bersama dengan 2 ketul gula Melaka (nak lebih pon takpe), bila dah cair tu kan, korang masukkan pulak kelapa parut... gaul-gaul dan gaul sampai depa serasi dan syok baunye...hehe


Ni kira dah serasi la ni..api kena pelan ok. Kalau pakai cooker jenis lain tu, pepandai le korang adjust. Akunye dapur ni pesen dulu kala..nak beli hat elektrik kaa, induction kaa.. tak mampu le teman...hehehe..

4. Bila air gula dan kelapa parut tu dah masak, masukkan tepung-tepung kecik yang dah dimasak tadi ke dalam periuk yang ada gula melaka ngan kelapa nih. Kacau lagi sampai dia serasi bersama...ahaks..kacau tu jangan lupa baca doa ye...hembus atas bawah, kiri kanan, baru le berkat...jgn le ko pi hembus ayat-ayat black magic plak.. doceerrr...eekekeekek


So, ini le hasilnye bila dah siap.. bleh la makan skang..ehhh.. lepas orang azan MAGHRIB, bukan Asar okey! Mementang le musim ujan, suma nampak macam Maghrib ye.. Ngehehehe...

Itu citer semalam. Today plak, still raining. Cuma hujan lewat sket.. around 1.30 pm I think. So, before hujan, I managed to sidai the baju outside...hehehe.. sangat bes dan lega...cuma tak sempat nak sidai Encik Adam and Encik Salman's smelly pillow lah...wakakakka korang tau ke smelly pillow tu haper? Oit.. bantal busuk la dei.. Salman berjaya menyelamatkan bantal dia dari dibasuh.. Adam je tak sempat selamat, sebab I all berjaya memasukkan ke dalam mesin tanpa pengetahuan beliau....wakakkakaka. So, Adam is suffering right now...
"Mama... bantal Adam kering dak g?"
"Dak g.." aku jawab dengan muka kering..kuikuikui...


Belah sini panas berdengkang dan the black clouds are coming this way.. tak lama lepas tu ujan till now. Huhu.. Besnye hujan time bulan poser..

Footnote: I oredi celebrate Hari Raya today..huhu..so bored!

Sunday, August 23, 2009

Countdown to our wedding anniversary!

Our wedding anniversary is just around the corner. What should I get for him? Huhu.. Tatau nak beli apa... takkan nak bagi fridge magnet kaaa, Tupperware kaaa.. melampau sungguh! Ngeee.. aku fenin. To make my life easier. I should just ask him... so that I can also tell him what I loikkeeee! Wakakakakaka..pandai kan?

Tick tock tick tock!

Round Kamdar

Oh ye, ini biter basi. Tapi oleh kerana henpon dan laptop saling sengal menyengal, maka tertangguh le proses penghantaran gambo..ekekek.. sikalang sudah boleh upload..hehe. So, back to the story. The night before Ramadhan, Encik Hubby and I went to Kamdar. To search for cushion cover for Mak in Melaka. So, my mum's cushion ni bukan macam zaman sikalang punya sofa. Zaman dulu kala, oleh kerana saiznye yang besar gedabak ditambah plak dengan bilangannye yang agak WOW, maka kena le teman tempah seadanye.
Bergeraklah kitaorang ke Kamdar tatkala orang sebuk mengejar pahala di masjid untuk mengerjakan terawikh. Huhu.. Oleh kerana malas nak bicara lama-lama, korang cuci mato la nengok gambo ni ye.


Ni murah aje RM 9 semeter...hehe... Santek kan..


Hat ni mahal sket.. RM 12.90 semeter. Tengok aje sulaman bunga dia yang pakai banyak benang.


Ni lagi murah.. RM 5 semeter.. tapi nipis..takut koyak polak..maklumle rumah mak aku kan ke ramai kekanak riang time raya. Suma kena amik kira nih.


Aku sukak ni... kaler ijo lumut..tapi tak matching plak ngan umah mak sebab kaler tak ceria. Tapi santek kan.. RM 7 semeter.


Encik Hubby sukak yang ini. Begitu juga aku. Teruja sehhh.. RM 12.90 semeter! Pisan... Sekali tengok macam baldu... tebal and also sejukkkk...


Tak puas hati, soh budak tu bawak kuar... bukak lagi lebar... huhu... cun seh..


Ku jeling-jeling lagi...hehe


Ni pandangan jarak dekat gambo bunga sulam tu. Dan akhirnya kitaorang pilih yang ni untuk sarung kusyen Mak. Cantik ke Mak? Boleh ke nih?

Setelah Encik Hubby menjalankan tugas sebagai negotiator yang hebat, maka dapat la kurang kaw-kaw. Kalau tak, aku letak balik...ekekeke..
Bila siapnye? Janji mereka seminggu sebelum raya. Tak siap, jaga ko!

Lepas dah puas pilih, kak ipo pon tepon, tanya bila nak amik kekanak riang..ehhehehe.. sebab kak ipo nak balik rumah ditambah pula dengan kesihatan ibu mertuaku yang tidak mengizinkan. Maka pulanglah we all. Lepas tu terlihatlah akan aku kekanak riang yang cute dan somel ini tengah makan sambil bersila. Aku pon snap la gambo dia untuk tatapan Mak Teh dia,Mak Uda dia, Mak Lang dia dan Mak-Mak lain yang sentiasa teruja dengan dia ni...ekekke


"Jom akan... Aman tak poceerrr... Aman akan!"

Bukak posa semalam.

Berakhirnya satu Ramadhan. Segalanya berjalan lancar, ditambah pula dengan ketiadaan mangsa korban terkini H1N1. Syukur. So, sejak jam sebelas pagi aku dok fenin nak buat apa untuk berbuka posa ekekekke.... Encik Hubby sudah fenin kapla sebab setiap tahun, awal puasa dia mesti akan mengalami migrain yang dasyat tapi takde le sampai bukak poser. Cian Encik Hubby. Sementara body dia nak adjust dengan bulan puasa ni, dia memang jadi macam tu.
Bincang punya bincang, sambil tengok tenet dan layan FB...wakkakaa, Encik Hubby kata..
"Wat buah Melaka lah. Kita ada gula Melaka lagi.."
Kalau korang tatau apa tu buah Melaka.. tu namanye Onde-onde. Kedah ni kan ke pelik sikit. Onde-onde dipanggil buah Melaka, kuih BOM dipanggil Onde-Onde..ngehehehee.. aku dulu fenin gak nak adjust ngan bahasa dewang ni. Lauk plak nak buat macam-macam, tapi bahan kekurangan polak...wakakkaa..ditambah polak dengan ketiadaan gaji lagi..kuikuikui..
Last-last buat aje ayam masak kurma, sambal telur dan jugak buah Melaka a.k.a Onde-onde. Hehehe.. Air polak macam-macam jenis.. Tropicana Orange, Apple Juice dengan Aloe Vera dan jugak Teh 'O' panassss.. So, jom kita nengok cara nak buat buah Melaka/Onde-onde. Kali ni ikut style ibu mertuaku.

Buah Melaka edisi Ibu Mertuaku..

3 bahagian tepung pulut (Kalau mak aku just tepung pulut SAHAJA dibancuh bersama air kapur)
1 bahagian tepung beras
Air
Kelapa parut
Gula Melaka - lagi best beli hat Indonesia punye. Untuk tempahan sila hubungi Puan Alang..ekkeeke
Sedikit garam digaul bersama kelapa parut itu okeh.
Nak boh pewarna pon bleh. Kunun nak mekap bajet nampak lawa la kan...

Cara buat:
1. Gaulkan tepung bersama air sehingga sebati. Pastikan ianya tak melekit. Kalau agak-agak melekit tu, korang boh la sikit lagi tepung beras.


Ada nampak itu bola Melaka dalam bekas Tupperware ku yang baru..awww... oh ye iklan jap.. Bekas ni amat sesuai bukan aje untuk menguli tepung dengan cepat, malahan sesuai untuk korang nak peram ikan kaaa... ayam kaa... haaa.. ada tutup you! Santek.. Even penutup atas pon permukaan bonjol-bonjol. So, kalau nak uli tepung, boleh le buat terus dua adunan dan uli..
Tapi kat sini aku tak guna le untuk uli, saja test nak letak si bola-bola api ni.. ejjejeje. Sebabnye tepung sikit bebenor, wat kotor aje..ahaks...

2. Bila dah sebati, ulikan tepung buat bentuk bulat, tekan sampai dia tertekan...wakakkaka, pehtu bubuh la gula Melaka yang dah dipotong kiub dalam tepung.


Air kena banyak ye.. Kalau agak-agak nak tinggal sket tu, pepandai le tambah airnye..

3. Sementara tu didihkan air ye. Air tu kena 2/3 dari periuk. Dah jadi bola tu cepat-cepat masukkan buah Melaka tu ke dalam air yang mendidih tu. Tunggu sampai dia naik baru le korang angkat...

4. Bila dah angkat, jangan lupa letakkan dia terus ke dalam kelapa parut yang dah diletakkan garam sikit tu ye. Sat gi melekat-lekat polak. So, biarlah dia melekat ngan kelapa, dari melekat ngan benda lain...heheheh...


Bekas putih belakang pon hat Tupperware punya jugak. Sesuai kan.. banyak kegunaannye.

5. Siap untuk dihidang.


So, sudah boleh makan. More recipes after this..ekekeke.. (ikut tahap kerajinan aku ok).

Pesakit Gastrik!

Biasanye bila tiba time bulan poser ni aku suka bebenor memerhatikan kedai-kedai makan kat tepi jalan. Naper ek... sebab kat situ korang akan lihat ramai betul manusia yang sakit gastrik. Kekekeke... Dan pesakit gastrik ini ada macam-macam ragam dan cara depa membeli-belah.. huhu.. macam mana aku tau..sebab aku pernah sekali pi beli kat tepi jalan sebab time tu aku off, so malas nak masak... aku plak kena berebut-rebut dengan depa--makhluk yang berlainan jantina dengan aku.. hoho.. sengal tol...hangen aku dibuatnye.. dah la time kita piyed, hangin tak tentu hala dah.. aku rasa macam nak sepak aje pembeli-pembeli berlainan jantina ni..haha

So, kat sini meh kita nengok personaliti pesakit-pesakit gastrik.

1. Ala-ala mat rempit
Pesakit ni biasanya akan pakai jaket bagai nak pi racing. Pehtu helmet mesti le full-face. Kalau nak lagi best hat yang tintednye full face...santekkk.. Kalau tak full face tu, spek mato hitam mesti pakai ponya. Kunci motor mesti kat tangan bersama dengan duit..macam ready nak lari naik motor aje kalau kena rush...wakakakakka. Apa yang menghairankan aku diaorang ni tak rasa ke kehangatan mentari ketika berjaket tebal dan jugak berfull-face. Aku kalau pi naik motot ngan hubby, bila sampai traffic light, mesti aku bukak cermin...hangat hauuu, nak-nak kalau time matahari tegak kat kepala..
Rasionalnye: Orang tak baper pasan sangat muka dewang bila bershopping di waktu yang tak sepatutnye.

2. Ala-ala bapak/suami mithali
Pakaian pejabat. Biasanye naik kereta. Kadang-kadang ada tuala di tangan untuk lap peluh (atau nak kaber muka ko tuh). Dewang ni akan nampak lebih standard bila membeli makanan kat restoran makanan segera... lagi takde orang nak heran.. Kadang-kadang orang tak tanya, dia dah tolong bagi jawapan...
"Err.. anak kami kat umah tak dak sapa masak,"
"Ni untuk orang rumah.. cuti.."

Hek eleh..ada aku tanya ko ker.. apa kes ko nak explain plak.. sendiri mau ingat la dei!
Rasionalnye: Eh.. jangan tuduh-tuduh.. aku ni kesian kat anak/bini aku okeh. So, kita tak bleh tuduh dewang la dei..

3. Ala-ala bukan Islam
Hat ni cukup berlambak kat Kedah...wakakaka... hatta di negeri berdekatan dengan Siam memang ramai manusia spesis ini. Lebih memudahkan lagi keje depa kalau depa ni ada kacukan belah sana.. so orang pon tak baper nak check. Perkara ni pernah aku citer dalam entry aku last year..hehe.. sempena bulan posa gak... So, orang macam ni bila time bulan posa, pakat suma jadi orang Siam..
"Saya Siam..."
Banyak la hang punya Siam..orang Siam nak beli pon malu time bulan posa ni, hang tau tak! Depa lebih suka pi Bazar Ramadhan sebab banyak pilihan. Setakat nasi lemak atau nasi berlauk biasa ni apa yang bestnyer.. dah biasa sangat.. lebih baik tunggu Bazar Ramadhan koi 3 sat gi. Ni baru pukul 11, tadi dah breakfast dah.. hoho.. Siam kah itew?
Rasionalnye: Orang tak baper nak tanya dah.. hehehe

4. Ala-ala kulit H1N1
Hat ni memang spesis H1N1 dah. Sebab ko tengok dia macam mana pun, muka dia pasti wat bodo aje.. kekeke.. maksudnye dah biasa la buat keje ni tiap-tiap tahun dan aku harap takde le tetap dan berpencen nanti.. Aiyoo.. insap-insap la cik oitttt... kok ye pon tak menahan, ko pi la beli megi masak kat rumah.. Ni posa malas, masak pon malas.. apa yang ko rajin? Makan je la kan.. melantak tak benti..pehtu dapat penyakit macam-macam, pehtu sahih nak salahkan takdir...
"Dah takdir..."
Huhu.. sangat sengal ini orang!
Rasionalnye: Orang lain tak yah nyebok dah.. Ayat cliche yang biasa depa ni guna..."Aku ni hebat tau! Bulan poser, aku tak poser.. korang apa sebok-sebok.. kubur masing-masing..ko pi jaga kubur ko ok!"
Hek eleh..macam la bila ko mati ko boleh tanam diri ko sendiri.. apa la lu mamat!!!

5. Eh, ada lagi ke stail lain? Hehehe.. aku pon tatau la.. setakat ni pesen ni aje yang aku jumpa. Maybe korang ada terjumpa stail lain jugak... Ekekeke..

Eehhhh..nanti jap, ada lagi satu style. Dewang pakai balaci a.k.a orang suruhan.. wakakkaa..dan orang suruhan ni sahih la agamanye berbeza. Wajib dah orang tak mintak IC. Dan biasanye orang pompuan yang suruh orang berlainan agama ni beli....eekekekek... orang pompuan cuti pon tau malu nak beli.. sebab macam kes aku dulu..aku jadi malu nak beli sebab ramai lelaki hurung kedai tu dari orang pompuan..eh.. sapa polak yang cuti-cuti Malaysia ni? Huhuhu

Tapi seperti biasa, tak baik kita nak ngata kat orang..wakakkakaa.. mana la tau ek, dewang ni betul-betul sakit pewot tahap derita tak sudah.. so tak bleh la nak salahkan dewang. Kot-kot kalau dewang tak makan, terus mati. So, kena lah makan kan..kan..kan.. huhu.. Mana la nak pi tau, dewang tolong beli kat orang rumah/ anak-anak depa kaaa..(ni macam aku bilang dalam entry last year)Keh keh keh.. I smell something fishy... stinky!

Friday, August 21, 2009

Cian Shahfiq!

After 4 days of cuti-cuti Malaysia because of the exam, I went back to school. I was happy to see the kids back and eager to teach them. The first class I entered is 1 Mawar-the good class. I wished them good morning and suddenly...

"Teacher..teacher.. pak saya kena tangkap polis dah," he told me.
"Hoh.. what happen? Bila?" I asked him.
"Hari tu masa teacher tak mai la... Polis mai tangkap pak saya..."he continued and looked at me with his big eyes.
"Ye la.. kenapa polis mai tangkap bapa kamu pulak?" my heart pounding like mad... bio betik budak nih..
"Pak saya kan teacher, dia pukoi mak saya... pastu dia baling charger tepon kat mak saya... pastu mak saya teriak kan teacher, pastu polis mai.. depa mai tangkap bapak saya," Gosh..pak dia kaki pukul kah? Apakehe mak dia kena plak..
"Mak kamu buat apa? Naper kena pukoi?" I asked him, wanting to know the rest of the story..now Syah is becoming more kepochi than ever...ngeee
"Tak buat apa eh.. tiba-tiba jaa pak marah kat mak, pastu amik duit, pastu pukoi mak saya, pastu polis mai tangkap pak saya teacher!"
I just looked deep into his eyes. I really pity this kid. He is such a great kid and also clever. He is always good with his friends. But then I remembered one time when he was talking to his friend.. macam gurau-gurau gitu..
"Hang nak lima kaa seploh?"
Then I asked him..."Apa yang lima seplo?"
"Lima penampaq la teacher, sepuluh penumbuk, kita pilih jaaa"
Pergh.. I was surprised to know that. Pandainye budak ni.. ghupanye that kind of thing is a common scenario in his family. I did ask my friends about the boy's background. I was so shocked when I got to know that the father is a drug addict. He wanted the money from the boy's mother and the mother refused to give it. In the end, the father scolded and abused the poor mother. Huwaaaaaaaaaaa...so teruk la this guy. Because of that stupid thing, the whole family suffered!

Drug can drive people crazy eh! Anyway, I really hope that Shahfiq could survive in that kind of family. Let's pray for him ok!
Justify Full

Thursday, August 20, 2009

End of Parts of Body... at last!

Syukur, at last I could finished the Parts of Body in the Year 2 syllabus. Some of you might ask.. weh.. bulan baper daaa.. baru nak abes.. the truth is, these kids are special, so I need to use some special treatment for them to digest everything that I thought to them... until now, from 23 kids, only 2 of them still have problems in understanding the lessons .. not only English, but also other subjects.. which is a nightmare for all of us...

These are some of the feedbacks from the teachers that are teaching the kids.
"Owh.. Fathir.. aiyaa.. dia tu macam dok dunia lain ek.. time sembang ok.. bila buat keje.. dia wat bodo aje.. sabo je aku..."
"Eeeee....aku tak tahan ngan Mawi tu.. asyik-asyik takde buku..pehtu termenung aje..aku soal dia nganga aje.. adoi...kesian betoi la.."
"Budak tak ramai kelas hang tu.. tapi masyaAllah.. hardcore! Dengan perangai hiperaktif, dengan hat tak bawak buku, dengan hat penyegannye...mati la kalau Year 6 dok buat lagu tu.."

Fathir: Got the problem since he met with an accident. The scar can still be easily seen near his forehead. Aku andaikan dia ni dyslexia. Cepat lupa, tak faham apa yang diajar and also daydream A LOT!.. I mean.. A LOT! But when it's time you ask him to chit chat with you, he will talk like there is no tomorrow. Hahaha.. memang memeningkan kapla ngan budak Fathir nih.

Mawi: This is his first year attending school. Before this, he never enters school. He has problems with the alphabets and the family support is quite low... if you look at his father--so grumpy and impatient all the time.. he nearly scolded me before when I asked him to leave his son in school. Mawi cried and struggled all day long during the first few days in school, I even had to chase and hug him with my high heels just to make sure he won't go out from the school. compound. His father was staring at me as if like I was going to do something bad to his son. I told the father to go back blah ler because this kind of kid will only be stable when the parents are not around. Biasala budak-budak...mak bapak ada mulalah nak wat perangai..The father was looking at me like the I'm-gonna-get-you-bitch look. And I was looking at him with the so-what look...wakakkakak Aku rasa mak pak tu nak kena educate dulu lah.

Back to the title of this post. Since today is the last day for the Parts of Body topic and if you look at their textbook in page (aku tak hengat.. ekekke) they'll ask you to make a big sun using the paper plates, coloured paper, crayons, glue, scissors etc. And I was so silly not to bring the paper plates... mesti korang tanya..apsal tak soh budak bawak aje..senang keje ko Syah.. Well people... I did ask them to bring only the glue and scissors.. in the end, only half of them bring those things.. yang lain.. "Kami lupa bawak la ticer". But then, there is always plan B. I cut out the drawing blocks just like the paper plates only smaller, then I asked to follow just what the book says.. the only thing I changed was the paper plates and the way to make the sinaran of the sun around it. They also had to draw the eyes, mouth, nose on their suns.

"Ok.. after this, teacher will paste all your beautiful suns at the back of our class okay. Please write your names ok boys and girls?"
"Haaa... teacher letak dalam kelas"
"Ya la.. why?"
"Huish teacher... sat gi hangat la kelas kitaaaaa"
"Eh.. how come..pasai pa?"
"Banyak matahari dalam kelas... jenuh la teacher..kita hangatttt!"

Pergh..boleh tahan loyar buruk ko Cerap! Nak marah tak bleh..so I just laughed along with the kids in class.


Show off now!!!

So, these are their beautiful suns. And today only 15 students came to school. Most of them got batuk-batuk and also demam due to bad weather. Apapun boys and girls.. teacher loves you a lot! You are my sunshine, kids!

Wednesday, August 19, 2009

Papai Ostad!


Welcome to Bendang D'Kelubi

Yesterday, we had a kenduri at Bendang D Kelubi to bid farewell to Ostad Asri. He was transferred to SK Air Hitam which is so near to his house.. 700 metres only..pergh.. naik beskal boleh mengempis pewotmu wahai Ostad..wakakakkaka.. My distance to school is approximately 16 kilometres -- much nearer than before (45km). I planned to get transferred at once when the school in my neighbourhood siap (mesti ada owang hangen....kehkehkeh). But then in the meantime, l will just lepak2 here..kuikuikui


Anis and Nurul were busy entertaining the teachers and the kids.. tapi depa entertain meja kami ajo..kekkeke.. Ostad Ammar sedang cuba mengelak dari gudaan Anis..muahahahhaha
Anis: Tumpang lalu, Ostad..
Ostad: Masya Allah Alhamdulillah... kuatkanlah imanku ini
Nurul: Nak kasi budak Syah ni makan nasi banyak2 kali ni..kekekeke
Aku: Hang memang dengkis!


Ini meja kumpulan kaki gelak.. asik gelak manjang..haii..nak merampas takhta aku kah.. Kalo Pah ada..sahih gamat lagi ini kawasan..kekekke


Our table.. Adam captured this!


Ostad Asri terharu menerima chandelier dari we all. Ostad.. lampu raya tu..jangan tak pasang...nanti we all visit your house during Raya time wokey!

Macam mana? Ok kah? Ohh.. the cost per head to enjoy the meals here is only RM 10 per head. You have to make the reservation earlier wokey! Makanan dia superb.. the only thing that annoys me is the lamps and also the sickening deco... awat la tak bukak lampu..jimat letrik tara mana sangat deiii.. I prefer brighter places to dine in okeh!

Apa pun, happy teaching in your new place our dear Ostad Asri.. leh jimat minyak la you lepas ni..silap2 leh tuko kete besaq lagi.. Kot2 Livina tak cukup besaq, you boleh try Alphard plak..wakakakkaka...

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails